00:00Konflik yang berlalutan di Timur Tengah setakat ini masih belum menjejaskan industri semikonduktor di Malaysia, termasuk di Pulau Pinang.
00:08Menteri Kewangan 2 Datuk Suri Amir Hamzah Azizan berkata, pemain industri masih mampu menguruskan isu rantaian bekalan dan menyesuaikan operasi
00:17mengikut keadaan semasa.
00:20Katanya syarikat pengeluar semikonduktor utama terutama kilang fabrikasi berskala besar mempunyai ekosistem rantaian bekalan yang kukuh serta mampu menanggani sebarang
00:30gangguan bekalan.
00:31Beliau bagaimanapun mengakui terdapat syarikat berskala kecil yang berdepan sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan pembekal baru, namun isu tersebut
00:40masih boleh ditanggani.
00:42Amir Hamzah berkata, konflik yang memasuki bulan ketiga itu memberi cabaran besar kepada ekonomi global, terutama dari segi kenaikan harga
00:50minyak dan bekalan tenaga dunia.
00:52Harga minyak mentah brand kini meningkat sehingga mencecah $111 Amerika setung berbanding sekitar $65 Amerika setung hingga $70 Amerika sebelum
01:03konflik tercetus.
01:04Beliau berkata, Malaysia masih berada dalam keadaan stabil kerana mempunyai pengeluaran minyak domestik serta sokongan Petronas dan syarikat minyak tempatan
01:13dalam menjamin kestabilan bekalan.
01:15Dalam masa sama, beliau menjelaskan terdapat beberapa bahan penting dalam industri semikonduktor seperti helium yang berdepan kekangan bekalan jika ketidakstabilan
01:24di Timur Tengah berterusan.
01:26Namun, pemain industri global kini mula mencari sumber alternatif bagi memastikan rantaian bekalan terus berjalan.
01:33Selain itu, tambahnya permintaan terhadap semikonduktor berkaitan kecedasan buatan atau AI masih kekal tinggi dan operasi industri terus berjalan lancar.
Comments