00:00Tindakan menyebarkan berita palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel membawa padah apabila seorang individu didenda RM4,000 oleh Mahkamah
00:10Session Sepang pada Isnin.
00:12Tertuduh Nur Il Salina Omar Kumar didakwa memuat naik hantaran yang disunting menyerupai kandungan rasmi bulletin TV3 menerusi akaun threats
00:21miliknya, It's El Salina Underscore, pada 31 Mac lalu.
00:27Hantaran tersebut mengandungi maklumat palsu mengenai kenaikan harga bahan api sehingga mengelirukan orang ramai serta mencetuskan kegusaran awam.
00:37Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda namun wanita itu menjelaskan bayaran berkenaan.
00:45Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233-1-A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara
00:56hingga dua tahun jika sabit kesalahan.
00:59Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC menegaskan penyebaran maklumat palsu terutama melibatkan isu kepentingan awam boleh menjejaskan kestabilan dan
01:09kesejahteraan masyarakat.
Comments