00:00Pertamanya, ingin saya maklumkan bahawa laluan melibatkan calon yang memiliki sijil pelajaran Malaysia SPM penuh
00:11Dalam hal ini, calon boleh memohon kemasukan ke IPTA seperti biasa yang telah pun berlaku bertahun-tahun
00:21melalui sistem UPU online berdasarkan merit, syarat AM dan syarat khas program yang telah ditetapkan oleh IPTA masing-masing
00:32Kedua, laluan melibatkan calon yang mengambil mata pelajaran bahasa Melayu dan sejarah
00:42iaitu melalui silibus SPM yang dikendalikan oleh Lembaga Perperiksaan Malaysia
00:49serta diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
00:53Bagi laluan ini, ianya terpakai kepada calon lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan
01:00seperti ketetapan yang dibuat Mesyuarat Jemaah Menteri
01:04Calon hanya boleh dipertimbangkan untuk program-program tertentu sahaja
01:11yang telah pun dikenalpasti berdasarkan kepada kesesuaian bidang pengajian, latar belakang akademik dan keperluan semasa
01:20Bagi lepasan sekolah atau institusi tahfiz, aliran agama misalnya, program yang telah dikenalpasti adalah
01:30Diploma dan Sarjana Muda Da'wah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah
01:36Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz dan Sarjana Muda Pengajian Islam dalam kurungan da'wah
01:44Manakala, bagi lepasan SMPC, Sekolah Menengah Pendidikan Cina
01:50Program yang dikenalpasti adalah Sarjana Muda Sastra, Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian
01:57Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina
02:00Sarjana Muda Sastra, Pengajian Cina
02:03dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan
02:07Kerajaan juga ingin menjelaskan bahawa kemasukan calon
02:11dalam aliran di luar sistem pendidikan kebangsaan
02:15mestilah mempunyai kelayakan dari institusi masing-masing
02:19bersekali memiliki SPM
02:22dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bahasa Melayu
02:26serta lulus sejarah sebagaimana yang telah diputuskan
02:30KPT ingin menegaskan semua permohonan kemasukan ke IPT
02:36akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi
02:39syarat kelayakan akademik
02:41serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti
02:47dan kepentingan subjek bahasa Melayu dan sejarah
02:51adalah sangat diletakkan sebagai asas yang paling tinggi
02:57kerana ianya merupakan asas kenyagaraan
02:59dan tiada kompromi kepada kedua-dua subjek tersebut
03:04subungan itu diharapkan penjelasan ini dapat membantu
03:08memberikan gambaran yang lebih jelas
03:10bahawa pendekatan yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan
03:16untuk memperluas akses pendidikan tinggi
03:20secara lebih inklusif dan bersasar
03:24tanpa menjejaskan standar kualiti dan integriti sistem pendidikan tinggi negara
03:34yang itu KPT akan sentiasa menjaganya
03:38dengan itu saya membuka ruang kepada pihak media
03:43untuk mengebukakan pertanyaan lanjut
03:47bagi memberikan lebih banyak lagi pencerahan seperti yang diperlukan
03:51Terima kasih
04:08Sebenarnya UPU online semua telahpun berjalan
04:12persediaannya telahpun berlaku sejak akhir tahun yang lepas
04:16daripada Oktober 2025
04:19Jadi bagi mengikut ketetapan seperti yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri
04:25maka kita semua di peringkat universiti telahpun beberapa kali mengadakan libat urus
04:31dan insyaAllah kita akan membuka permohonan secara terus kepada universiti
04:36yang menawarkan program-program tersebut
04:39bermula Jun 30 Jun 2026
04:44supaya bagi membolehkan permohonan itu boleh berlaku pada tahun ini
04:49insyaAllah selepas ini untuk tahun yang seterusnya
04:52kita akan memasukkannya dalam UPU online
04:57tetapi dalam kategori yang di luar kurikulum kebangsaan
Comments