Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Pentadbiran Donald Trump merancang menggantung cukai petrol bagi meredakan tekanan kos sara hidup akibat harga bahan api tinggi, namun pelaksanaannya tertakluk kepada kelulusan Kongres Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Sebenarnya pasti sebab kita cerita perang ini berlanjutan dan kita tahu ketidaktentuan bekalan minyak dan sebagainya
00:06dan kita juga agak panik apabila hal berkaitan dengan Ruan 95, Kuota dan sebagainya.
00:12Tapi saya kira Amerika Syarikat juga berdepan dengan masalah domestik berkaitan dengan kenaikan harga minyak yang sangat signifikan.
00:18Pian Amerika, Pia?
00:19Betul. Ini adalah perkembangan yang baru saja kita terima pada hari ini.
00:22Yang mana Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isna berkata,
00:26pentadbirannya akan menggantung cukai petrol.
00:30ketika pengguna terus bergelut dengan harga bahan api yang tinggi.
00:33Katanya cukai itu akan digantung sehingga tiba masa yang sesuai
00:37memandangkan ia memerlukan kelulusan Kongres untuk melaksanakan langkah tersebut.
00:43Dan Zul, di sini menurut data tahun 2024 daripada Pejabat Statistik Tenaga Amerika Syarikat,
00:49kerajaan persekutuan mengenakan cukai sebanyak 0.184 dolar Amerika
00:55bagi setiap 3.78 liter petrol
00:58dan kosong 0.244 dolar Amerika bagi diesel.
01:03Dan menurut angka pesatuan otomobil Amerika,
01:07langkah itu bagaimanapun tidak mungkin meredakan kebimbangan.
01:11Memandangkan harga petrol melonjak daripada 3.14 dolar Amerika segalan
01:16tahun lalu kepada 4.52 dolar Amerika pada Isna.
01:20Selain cukai bahan api, persekutuan kebanyakan negeri turut mengenakan
01:24duti ke atas petrol dan diesel.
01:27Manakala Zul, pada Julai 2024, purata cukai ke atas petrol sebenarnya
01:31ialah 0.326 dolar Amerika.
01:35manakala diesel 0.348 dolar Amerika.
01:39terima kasih telah menonton!
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended