00:00Timbalan Menteri Keuangan Liu Chin Tong hari ini menzahirkan rasa kesal susulan kekeliruan yang timbul mengenai dakwaan kerajaan akan menghadkan
00:09subsidi petrol Budi 95 kepada 150 liter.
00:14Beliau menegaskan kenyataan yang dilaporkan sebelum ini telah diambil di luar konteks sebenar.
00:21Menurutnya beliau tidak membuat sebarang pengumuman baru atau mengumumkan sebarang dasar berkaitan had subsidi petrol.
00:32Sebaliknya perbincangan itu hanya menyentuh isu cabaran tenaga dan kepentingan memastikan bekalan petrol negara mencukupi untuk jangka panjang.
00:42Chin Tong menjelaskan skim Budi 95 penting sebagai mekanisme untuk memahami corak penggunaan petrol rakyat selain membantu kerajaan menggalakkan penjimatan
00:51tenaga secara berperingkat.
00:53Beliau turut menyatakan kekesalan kerana kenyataannya mencetuskan salah faham dan kebimbangan orang ramai.
01:00Isu itu timbul ketika kerajaan sedang mengkaji rasionalisasi subsidi bahan api.
01:04Namun kerajaan menegaskan setakat ini tiada keputusan atau pengumuman rasmi dibuat berkaitan had subsidi petrol di bawah Budi 95.
01:13Awal selasa ketika sesi Fireside Chat sempena acara Afin Market Outlook 2026 propelling Malaysia forward,
01:20Chin Tong dilaporkan berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi kuota bulanan petrol rakyat 95 bersubsidi di bawah program Budi
01:2995 kepada 150 liter sebulan.
Comments