Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat memutuskan tarif global baharu yang diperkenalkan Presiden Donald Trump adalah tidak sah, sekali gus membatalkan duti 10 peratus ke atas kebanyakan import ke negara itu.
Transcript
00:00Seterusnya, Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat memutuskan tarif global baru yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump tidak sah di sisi
00:08undang-undang.
00:08Ketusan itu sekaligus membatalkan pengenaan tarif 10% ke atas kebanyakan import ke negara itu.
00:17Mahkamah Amerika Syarikat memutuskan bahawa Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 hanya membenarkan tarif dikenakan apabila berlaku defisit imbangan pembayaran yang
00:28besar dan serius.
00:30Namun, menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara, Oregon, keadaan tersebut tidak wujud dan defisit perdagangan tidak boleh dianggap sebagai defisit imbangan
00:38pembayaran.
00:39Pentadbiran Trump sebelum ini menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa untuk melaksanakan tarif menyeluruh pada April 2025.
00:48Namun, tindakan itu diputuskan menyalahi undang-undang oleh Mahkamah Agung pada Februari tahun ini.
00:54Selepas itu, Trump beralih kepada Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 dan mengumumkan duti ad volorem 10% ke atas semua
01:03barangan import kononnya bagi menangani defisit perdagangan.
01:06Tarif tersebut mula berkuat kuasa pada 24 Februari lalu dan dijadualkan berakhir pada 24 Julai 2026 kecuali digantung atau dilanjutkan
01:16oleh Kongres.
01:17Susulan pelaksanaan tarif itu, gabungan 24 negeri di AS telah memfailkan saman pada Mac lalu bagi mencabar kesahihan langkah perkenaan.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended