00:00Pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu individu bawah pengaruh alkohol.
00:10Dalam kejadian di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala
00:17Lumpur,
00:18Asisten Komisioner Muhammad Zamzuri Muhammad Risa berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
00:27Jelasnya siasatan awal mendapati dalam kejadian pada jam 5.34 pagi itu, sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki
00:36tempatan berusia 24 tahun dipercayai hilang kawalan.
00:40Ia kemudian melanggar bahagian belakang motosikal jenis Honda Wave Alpha ditunggang pasangan terbabit.
00:46Penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan berusia 61 tahun dan isterinya 56 tahun cedera parah di kepala.
00:56Manakala pemandu kereta terbabit cedera di bahagian kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
01:03Suspek telah diambil sampel darah dan air kencing untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenalpasti kandungan alkohol atau bahan telarang.
01:12Kis disiasat di bawah Seksyen 41 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments