Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Langkah itu melibatkan tapak pelupusan Suwung di Denpasar, yang dijadual ditutup sepenuhnya pada 1 Ogos 2026 selepas beroperasi lebih empat dekad.
Transcript
00:00Pulau pelancongan Bali kini berdepan cabaran serius dalam pengurusan sisa apabila kerajaan memperkenalkan peraturan baharu termasuk penutupan tapak pelumpusan sampah
00:10utama.
00:11Langkah itu melibatkan tapak pelumpusan suung dudian pasar yang dijadual ditutup sepenuhnya pada 1 Ogos 2026 selepas beroperasi lebih 4
00:21dekad.
00:23Sejak 1 April lalu pihak berkuasa melarang sisa organik dihantar ke tapak berkenaan yang kini hanya menerima sisa baki sebelum
00:32penutupan.
00:33Kerajaan Bali memaklumkan kapasiti tapak pelumpusan itu telah melebihi had sekaligus memaksa peralihan kepada sistem pengurusan sisa berasaskan pengasingan di
00:43peringkat sumber.
00:44Penduduk kini digalakkan mengasingkan sampah di rumah serta menggunakan kemudahan komuniti seperti pusat pemprosesan sisa bersepadu.
00:54Bagaimanapun terdapat segelintir penduduk yang membakar sampah atau membuangnya ke sungai susulan sekatan pengumpulan sisa menjelang penutupan tapak tersebut.
01:03Masalah sampah turut jelas kelihatan di kawasan pelancongan seperti pantai kuta dengan longgokan sisa di tepi jalan berhampiran kafe dan
01:13kawasan tumpuan pelancong.
01:15Dalam usaha jangka panjang, kerajaan Bali merancang membangunkan loji tenaga daripada sisa termasuk projek yang dijangka mampu memproses kira-kira
01:241,200 tan sampah sehari.
Comments

Recommended