00:00Peluang pekerjaan perlu diperkasa secara menyeluruh bagi mengatasi isu ketidakseimbangan antara jumlah graduan dan kekosongan pekerjaan di negara ini.
00:10Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suriyadi Bandi berkata,
00:14peningkatan jumlah graduan setiap tahun dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak setara menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran.
00:22Justru kerajaan melalui syarikat-syarikat bukan kerajaan, JLC dan syarikat-syarikat besar di negara ini perlu memberi peluang pekerjaan kepada
00:31graduan.
00:32Setiap tahun melambak ramai graduan-graduan yang telah tamat belajar habis ijazah, habis diploma sebagai contoh tetapi peluang pekerjaan itu
00:44tidak ada.
00:45Jadi saya fikir kena ada inisiatiflah daripada pihak kerajaan untuk menyusun agar mungkin JLC ataupun syarikat-syarikat besar ini dapat
01:00menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk para graduan kita.
01:08Ujarnya di Tawau umpamanya, ramai graduan tidak mendapat pekerjaan dan terpaksa berhijrah ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan.
01:16Perkara tersebut menyebabkan jumlah pengangguran di daerah itu tidak dapat diatasi.
01:21Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Kembar Lestari Anjuran Yayasan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah UMPSA
01:31yang berlangsung di Dewan Kolej Vokasional Tawau pada Kamis.
01:38Terima kasih.
Comments