00:00Dalam menjalani kehidupan seharian, jarang sekali kita memikirkan tentang individu yang memastikan keselesaan itu dapat dinikmati.
00:09Yang dimasukkan petugas elektrik yang saban hari berdepan risiko demi memastikan lampu di rumah terang menyala,
00:17selain jalan raya terang untuk dilalui ribuan keneraan.
00:21Daripada menerima aduan pengguna, memanjat tiang elektrik sehinggalah masuk ke kawasan hutan pada waktu malam,
00:27tugas mereka jauh lebih mencabar daripada yang disangka.
01:08Bagi yang berpengalaman pula, mereka sudah bertahun-tahun berdepan pelbagai situasi termasuk insiden yang tidak dijangka.
01:16Ada yang pernah berdepan letupan di pencawang memaksa mereka menyelamatkan diri dalam keadaan cemas,
01:22namun bagi mereka risiko itu sudah menjadi sebahagian daripada tugas.
01:27PPU lah bersama ada letupan kan di batu sebelas dulu bersama cip saya yang dulu.
01:34Ada tikus mati di dalam pencawang.
01:38Lepas tu ada letupan lah berlaku di situ.
01:40Kami semua larilah daripada tempat tu.
01:43Banyak ada tikus masuk ke dalam PPU.
01:47Masyarakat lah, dia faham dia kerja ni memang ada risiko.
01:50Yang penting apapun kami keluar kerja, biar pun kami punya nyawa tu, keluar pintu 50 persen.
01:56Tapi kami tawakkan sama Tuan je lah, baca doa sebelum buat kerja.
02:00Yang penting keselamatan buat kerja, jangan kelakabut lah.
02:06Kalau pergi kerja tu, kerja ikut yang prosedur lah.
02:10Bukan itu sahaja, bagi petugas yang turun ke lapangan dari rumah ke rumah, cabarannya juga berbeza.
02:16Selain cuaca panas terik dan hujan lebat, mereka juga berdepan ancaman haiwan seperti anjing liar ketika menjalankan tugas.
02:24Masa tu saya bertugas di Sibuga, Batu Lima.
02:29Saya tidak tahu itu anjing ada bawa kereta, dia tidak menyalak.
02:35Tiba-tiba dia keluar dari kereta, dia digigit-gigit saya punya kaki sebelah kiri.
02:39Itulah kejadian dia.
02:41Saya pergi klinik terus dah, buat suntikan untuk menyalakkan daripada jangkitan.
02:47Walaupun berdepan pelbagai cabaran dana risiko, mereka tetap meneruskan tugas demi memastikan bekalan elektrik tidak terputus.
02:55Pengorbanan ini mungkin tidak selalu dilihat, tetapi kesannya dirasai setiap hari oleh masyarakat.
03:02Sempena hari pekerja, jasa mereka menjadi peringatan bahawa di sebalik keselesaan yang dinikmati,
03:07ada pengorbanan yang tidak pernah berhenti.
Comments