00:00Hasrat PAS bertanding 16 kerusi pada PRN Melaka dilihat petanda parti itu mula menjauhkan diri daripada BERSATU dan cenderung kepada
00:10blok dikaitkan dengan bekas timbalan Presiden BERSATU Hamzah Zainuddin, kata penganalisis.
00:16Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata hubungan PAS dan BERSATU dilihat semakin tegang merujuk kepada kebuntuan berpanjangan berhubung jawatan
00:28pengurusi Perikatan Nasional atau PN serta petikaian berterusan mengenai kedudukan Ketua Pembangkang.
00:35Beliau berkata keputusan PAS menggandakan jumlah kerusi ditandingi berbanding PRN Melaka 2021 menunjukkan parti Islam itu kini kurang memberi keutamaan
00:47kepada BERSATU dan sedang mendapatkan dirinya lebih dekat dengan blok di Set Hamzah.
00:53Kemarin peseruh jaya PAS Melaka Zulkifli Ismail mengumumkan parti itu akan bertanding di 16 daripada 28 kerusi pada PRN negeri
01:03itu dengan hampir semua kerusi berkenaan ketika ini dipegang barisan nasional atau PN.
01:10Pada PRN Melaka 2021, PAS bertanding 8 kerusi atas tiket PN manakala BERSATU bertanding di 15 kerusi dan gerakan di
01:205 kerusi.
01:20Mazlan berkata keputusan PAS untuk masuk ke kerusi yang sebelum ini ditandingi BERSATU memberi isyarat keyakinan terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin
01:31semakin merosot.
Comments