Skip to playerSkip to main content
Ketika budaya merakam dan berkongsi momen menjadi kebiasaan masyarakat hari ini, jemaah haji diingatkan supaya tidak terlalu asyik mengejar kandungan media sosial hingga terlupa matlamat utama berada di Tanah Suci iaitu menunaikan ibadah dengan penuh khusyuk, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tabung Haji (TH), Shahrin Awaluddin berkata, jemaah termasuk golongan muda perlu bijak mengimbangi penggunaan teknologi agar ia tidak menjejaskan tumpuan terhadap ibadah haji.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777536/berita/nasional/jangan-kejar-content-di-tanah-suci---th

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #TH #jemaahhaji2026 #jemaahhaji

Category

🗞
News
Transcript
00:00Betul. Memang setiap tahun kita, tambahan tahun ini kita nampak ramai juga jemaah di kalangan anak-anak muda yang baru
00:08pertama kali kadang-kadangnya datang untuk menaikkan haji tapi pertama kali datang ke luar negara, menaikkan umrah.
00:14Jadi kita setiap tahun kita nasihatkanlah sebab haji ini adalah merupakan satu ibadat kalau tengok dari segi bahasa dia pun
00:24haji ini bermaksud kosat.
00:26Maksudnya dia kena fokus. Ibadat yang bila kita datang ke sini kita kena menumpukan perhatian kepada bagaimana kita nak melaksanakan
00:36ibadat tersebut secara yang menyeluruh dan sepenuhnya bukan sambil-sambil.
00:43Maksudnya jadi kalau kita berada di tanah suci ini sama ada di Mekah ataupun di Madinah kalau kita sibuk dengan
00:50media sosial, kita akan rugi berada di tanah suci, di tanah haram khususnya.
00:57Apatah lagi ketika melaksanakan ibadat, ketika tawaf, ketika sa'i, nanti ketika berada di arafah, saat yang sangat penting kita
01:07mendekatkan diri kepada Allah SWT.
01:10Jadi media sosial ini bukan tak boleh guna tapi maksudnya kena bijak maknanya jangan menggunakan media sosial itu untuk jadikan
01:20dia satu perkara yang boleh melalaikan kita daripada melaksanakan ibadat.
01:25Terima kasih.
01:29Terima kasih.
Comments

Recommended