00:00Pergolakan politik di Negeri Sembilan berkemungkinan menambah lagi rasa ketidakpercayaan
00:05dalam kerjasama Pakatan Harapan atau PH dan Barisan Nasional atau BN di peringkat persekutuan, kata penganalisis.
00:13Siva Muruga Pandian dan Universiti Sains Malaysia berkata,
00:17penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan negeri yang diterajui PH
00:20mencerminkan keretakan komunikasi antara rasa gabungan.
00:25Beliau menambah defisit kepercayaan itu boleh mendorong PH dan BN
00:29bertanding secara berasingan pada PRU akan datang dengan PKR hilang kepercayaan terhadap BN
00:35manakala BN percaya ia mempunyai semula kerelevanan politik yang mencukupi untuk berdiri sendiri.
00:43James Chin dari Universiti of Tasmania berkata,
00:45langkah UMNO itu satu kidakan oportunis apabila mengambil kesempatan daripada
00:50pertikaian membabitkan Undang Luar dan Yang Di-Pertuan Besar Tuan Ku Muhris Tuan Ku Munawir.
00:56Beliau berkata ia juga berkemungkinan didorong oleh keinginan UMNO
01:00untuk merampas semula jawatan Menteri Besar yang hilang selepas PRU 2018.
01:06Semalam 14 adun UMNO mengumumkan mereka menarik balik sokongan terhadap Aminuddin sebagai Menteri Besar.
01:14PN Negeri kemudian mendakwa ia mempunyai majoriti mudah dalam DUN
01:18untuk membentuk kerajaan negeri dengan sokongan 5 adun TN.
Comments