Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jemaah haji Malaysia musim Haji 2026 diingatkan supaya memberi keutamaan kepada aspek kesihatan dan pematuhan peraturan, susulan jangkaan cuaca panas ekstrem dengan suhu boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius, khususnya ketika kemuncak ibadah wukuf di Arafah.
Transcript
00:01Jemaah Haji Malaysia diingatkan supaya memberi keutamaan kepada aspek kesihatan dan pematuhan peraturan.
00:08Susulan jangkaan cuaca panas ekstrim dengan suhu boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius, khususnya ketika kemuncak ibadah wukuf di Arafah.
00:17Konsul Jenderal Malaysia di Jeddah, Tengku Muhammad Zarif Raja Abdul Qadir berkata, walaupun tiada nasihat baru dikeluarkan setakat ini, jemaah
00:27dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi segala maklumat serta panduan rasmi yang disampaikan oleh Lembaga Tabung Haji.
00:40Kata beliau, aspek penjagaan kesihatan amat penting. Mandangkan cuaca panas terik boleh memberi kesan serius sekiranya jemaah tidak mengambil langkah
00:48pencegahan awal.
00:49Kita mohon juga supaya jemaah kita untuk menjaga kesihatan. Jadi, jangka cuaca boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius semasa hari
01:01wukuf di Arafah nanti. Jadi, sentiasa kekalkan dehydration ataupun minum air yang banyaklah insyaAllah.
01:07Ini amat penting sebab kesihatan kita itu yang akan menjamin sampai kita boleh membuat ibadah dengan selesa dan lancar insyaAllah.
01:14Katanya Tabung Haji sentiasa menasihatkan jemaah supaya patuh pada semua maklumat yang disalurkan dan Tihis juga akan mengadakan taklimat demi
01:22taklimat sebagai panduan kepada jemaah bagi memastikan mereka sentiasa bersedia dan maklum dengan perkembangan terkini.
01:30Selain faktor cuaca, Tengku Muhammad Zaraif turut menekankan kepentingan kad nusuk yang merupakan dokumen wajib dan amat penting sepanjang jemaah
01:38berada di Tanah Suci.
01:39Beliau berkata pihak berkuasa Arab Saudi menjalankan pemeriksaan secara meluas dan berterusan di serata lokasi termasuk di kawasan awam dengan
01:47membuat imbasan dan semakan terhadap kad nusuk.
01:50Katanya pematuhan terhadap peraturan termasuk berkaitan kesihatan dan penggunaan kad nusuk bukan sahaja memudahkan urusan jemaah malah membantu pihak berkuasa
01:59Arab Saudi memastikan keselamatan dan kelancaran ibadah haji secara keseluruhannya.
Comments

Recommended