Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini berkata tanah seluas 168 ekar di Permatang Kumbang, Pusat Bandar Puchong bukanlah kawasan hutan simpan kekal seperti didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Transcript
00:00Menteri Besar Selangor Datuk Suri Amiruddin Syari berkata tanah seluas 168 hektar di Permatang Kumbang, Pusat Bandar Pucong bukanlah kawasan
00:10hutan simpan kekal seperti didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
00:14Beliau berkata tanah itu yang terletak berhampiran hutan simpan air hitam Kinrara telah dinyahwarta pada 1926 iaitu kira-kira 100
00:23tahun lepas.
00:26Katanya ketika itu Pucong dikenali sebagai kampung pulas dan Malaysia sedang dijajah oleh British dan dinamakan sebagai British Malaya.
00:34Amiruddin berkata pentadbirannya juga tidak pernah meluluskan sebarang pembangunan di kawasan itu.
00:40Sebaliknya pada 1926, kerajaan negeri ketika itu meluluskan pemberi milikan tanah kerajaan kepada dua syarikat iaitu Citra Sama Projek Sendera
00:49Berhad dan Metroway Sendera Berhad untuk pembangunan perumahan kos serendah.
00:54Permohonan kebenaran merancang oleh pemaju telah ditolak pada 2003 oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya yang ketika itu dikenali Majlis Perbandaran
01:02Subang Jaya MPSJ
01:04kerana 75% kawasan itu dikategori sebagai cerun kelas 3 dan kelas 4 iaitu cerun melebih 25 darjah dan tidak
01:12sesuai untuk dibangunkan.
01:14Susulan situasi ini, kerajaan negeri pada 18 Ogos 2010 telah memutuskan supaya projek ini dibatalkan serta menarik semula pemberi milikan
01:22tanah.
01:24Berikutan itu, pemaju terbabit telah mengambil kes mahkamah terhadap MPSJ dan kerajaan negeri melalui simakkan kehakiman pada 2011 dan kes
01:33ini telah dirujuk sehingga ke peringkat mahkamah persekutuan pada 2017.
01:38Amiruddin berkata keputusan di peringkat mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan berpihak kepada MPSJ
01:43yang antaranya mengesahkan bahawa keputusan pihak berkuasa tempatan untuk tidak membenarkan pembangunan itu adalah tepat kerana keadaan cerun.
01:52Beliau berkata MPSJ berpegang kepada keputusan bahawa tanah itu tidak selamat untuk dibangunkan
01:57bagi tujuan komersial ataupun perumahan kerana berada pada topografi cerun dan perkara ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan.
02:06Mengenai isu harga tanah itu yang kononnya dijual di bawah harga pasaran iaitu RM13.80 bagi satu kaki persegi bersamaan
02:15dengan RM101 juta,
02:16Amiruddin berkata sesuai dalam keputusan kerajaan negeri membatalkan projek perumahan pada 2012,
02:22tanah itu dihasratkan untuk dijual melalui proses tender terbuka.
02:27Kemudian, juru perunding hartanah telah dilantik untuk menilai harga pasaran tanah pada 2012
02:32dengan nilai yang dimuktamadkan adalah RM13.02 bagi satu kaki persegi ataupun RM95.3 juta secara keseluruhan.
02:41Tiga syarikat telah terlibat dalam proses tender terbuka dan keputusan telah diambil untuk menjual tanah tersebut
02:48pada harga RM101 juta iaitu kadar 5.9% melebihi harga penilaian.
Comments

Recommended