00:00Seperti biasa, kami akan bawakan perkembangan terkini konflik Asia Barat setiap kali bersiaran.
00:05Di jam ini, rakan setugas Syafiqah Azami ada perinciannya. Silakan Syafiqah.
00:10Baik, terima kasih Farhan.
00:12Dan pada hari ini, kita mulakan perkembangan di konflik Asia Barat
00:17di mana Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,
00:20mendakwa Washington kini mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas selat hormus
00:24dan mengarahkan tindakan ketenteraan terhadap sebarang ancaman.
00:28Trump menerusi hantaran terus sosial mendakwa
00:31tiada kapal boleh masuk atau keluar dari selat hormus
00:35tanpa kelulusan tentera laut Amerika Syarikat.
00:38Beliau turut mengarahkan angkatan tentera laut Amerika Syarikat
00:41bertindak terhadap mana-mana bot yang didakwa meletakkan halangan objek di perairan.
00:47Dalam masa sama, Iran dilaporkan menyediakan senarai sasaran
00:50berasaskan prinsip tidak balas, balik dan perjagaan ofensif
00:55sekiranya berlaku tindakan ketenteraan oleh Washington atau sekutunya.
01:00Antara senario yang dinyatakan termasuk serangan ke atas infrastruktur tenaga,
01:05kemudahan teknologi, operasi maritim serta serangan peluru berpandu
01:10dan drone terhadap aset ketenteraan musuh.
01:13Iran turut memberi amaran boleh menyekat selat bab al-mandib
01:17dan menutup sepenuhnya selat hormus
01:19jika sekatan laut oleh Amerika Syarikat berterusan atau meningkat.
Comments