Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Iran dilaporkan semakin mendahului dalam perang propaganda berasaskan kecerdasan buatan (AI), dengan penghasilan kandungan digital yang lebih berkesan dan berpengaruh berbanding naratif yang dibentuk oleh Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Dan Iran dilaporkan semakin menguasai medan perang propaganda digital berasaskan kecerdasan buatan atau AI dengan kandungan yang lebih berkesan dan
00:10mudah mempengaruhi persepsi global.
00:13Laporan menyatakan pendekatan propaganda ini di Asia Barat sebelum ini sering dilihat kurang meyakinkan terutamanya ketika era konflik konvensional.
00:22Sebagai contoh, semasa perang, Irak pada 2003, Menteri Penerangan Irak ketika itu iaitu Muhammad Syed Al-Sahaf pernah mengeluarkan satu
00:33kenyataan yang bercanggah dengan realiti di lapangan sekaligus menjejaskan kredibiliti propaganda.
00:39Pasukan yang menyokong kepimpinan Iran dilaporkan konsisten menerbitkan video propaganda berungsurkan sendirian terhadap Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump di
00:50samping membentuk naratif yang mengangkat pihak yang menentang Washington.
00:54Dalam masa yang sama, perkembangan ini turut menimbulkan kebimbangan mengenai potensi penyalahgunaan AI sebagai alat propaganda yang boleh menyebarkan maklumat
01:04mengelirukan dalam skala besar.
01:06Dalam konteks geopolitik yang semakin kompleks ini, teknologi AI dijangka menjadi medan persaingan utama antara kuasa global dan masa hadapan.
Comments

Recommended