00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran mengenai peningkatan mendadak kes jangkitan kulit dan penyakit berkaitan perosak dalam kalangan penduduk
00:10di seluruh Semenanjung Gaza.
00:12Perkara tersebut disampaikan oleh Jurucakap PBB Stephanie Dujarik ketika pasukan kemanusiaan berdepan kesukaran menyediakan pelindungan yang mencukupi akibat kekangan sumber
00:22yang teruk.
00:25Jelas Dujarik pada bulan Mac, kes jangkitan tersebut meningkat lebih tiga kali ganda di pusat penempatan pelarian yang dikendalikan sendiri
00:32oleh PBB.
00:33Selain itu, krisis tersebut juga kini memberi kesan kepada hampir 10,000 orang berbanding kira-kira 3,000 orang pada
00:40Januari.
00:40Sembangan itu, beliau menggesa agar akses diperluaskan bagi membolehkan kemasukan shampoo anti-kutu, lotion, bekalan kebersihan serta racun perosak bagi
00:50mengelakkan kecemasan kesihatan awam yang lebih serius serta mencegah kemudaratan lanjut terhadap orang awam.
00:56Dalam pada itu, Dujarik memaklumkan bahawa sepanjang Mac, rakan kongsi PBB telah membawa masuk ribuan barangan pelindungan termasuk puluhan ribu
01:05kelengkapan tempat tidur, kanvas penutup dan kemah sekaligus memberi manfaat kepada lebih 45,000 keluarga.
01:11Bagaimanapun, PBB menegaskan penyelesaian pelindungan yang lebih kukuh dan berkekalan amat diperlukan termasuk kemasukan peralatan pelindungan kecemasan serta bahan binaan
01:21untuk membaiki rumah yang rosak.
01:23Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza setakat 14 April, Israel didakwa telah melakukan 2,400 pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata yang
01:32ditanda tangani pada Oktober lalu termasuk pembunuhan, penahanan, sekatan serta tindakan yang menyebabkan kebeluran.
01:38Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, pelanggaran berterusan itu telah mengorbankan 784 rakyat Palestine dan mencederakan 2,214 orang.
01:47Sehingga April 2026, ketenderaan Zionis Israel didakwa telah membunuh lebih 72,000 rakyat Palestine, mencederakan lebih 172,000 orang serta
01:57menyebabkan kemusnahan meluas yang menyebabkan kira-kira 90% infrastruktur di Gaza.
Comments