00:00Kerajaan Selangor yakin masalah banjir dapat diselesaikan dalam tempoh 4 tahun lagi dengan penggunaan teknologi modern dari Belanda, China dan
00:10Jerman yang disesuaikan dengan keadaan sebenar di negeri ini.
00:15Exko Infrastruktur dan Pertanian Izham Hashim berkata kerja pembesaran serta mendalamkan sungai masih giat dilaksana dan mengambil masa sebelum memberi
00:24kesan menyeluruh.
00:25Katanya keberkesanan teknologi dari negara tersebut terhad berikutan faktor taburan hujan tinggi serta pembangunan pesat di Selangor.
00:36Menurutnya perbezaan ketara dapat dilihat apabila Belanda hanya menerima taburan hujan sekitar 700 hingga 900 mm setahun berbanding Selangor yang
00:46mencapai hampir 3,000 mm.
00:49Semalam media melaporkan titah Sultan Selangor, Sultan Syarafuddin Idris Shah yang menzahirkan duka cita terhadap kegagalan berterusan kerajaan negeri menangani
00:59isu banjir walaupun berbagai nasihat telah diberikan sebelum ini.
01:03Khadija Juno, FMT