00:00Kerajaan memperhebat langkah kawalan bekalan dan harga barangan bagi melindungi pasaran tempatan daripada tekanan inflasi yang berpunca daripada krisis bekalan
00:09global.
00:10Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Raya Hidup, Datuk Fuziah Saleh berkata,
00:14Malaysia tidak terkecuali daripada impak global termasuk konflik di Asia Barat dan sekatan di laluan perdagangan utama seperti Selat Hormuz.
00:25Fuziah berkata peningkatan kos logistik antarabangsa menyumbang kepada kenaikan harga barangan import sekaligus memberi kesan kepada keseluruhan rantaian bekalan domestik.
00:35Bagi meminimumkan kesan terhadap rakyat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Raya Hidup KPDN memberi tumpuan kepada memastikan bekalan mencukupi
00:43dan harga terkawal.
00:44Ia melalui penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 Akta 723.
00:54Beliau berkata tindakan penguatkuasaan operasi seperti obsteris juga dipergiat bagi mengelakkan ketirisan barangan bersubsidi seperti diesel,
01:03gas petroleum cecair LPG dan minyak masak paket yang berisiko meningkat ketika krisis global.
01:08Beliau berkata KPDN mempunyai punca kuasa untuk mengarahkan peniaga mengemukakan maklumat lengkap kos perniagaan sehingga tempoh dua tahun
01:16bagi mengenalpasti sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak wajar.
Comments