Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Tesla mencatat aliran tunai bebas positif sebanyak AS$1.44 bilion bagi suku pertama, mengatasi jangkaan pasaran yang meramalkan pembakaran tunai. Prestasi itu disokong segmen tenaga dan fokus syarikat terhadap teknologi autonomi serta robotaksi.
Transcript
00:00Tesla mencatatkan aliran tunai bebas positif yang mengejutkan bagi suku pertama tahun ini sekaligus menangkis jangkaan pasaran yang meramalkan pembakaran
00:10tunai ketika syarikat itu masih belum meningkatkan perbelanjaan besar dalam kecedasan buatan AI dan kapasiti pembuatan.
00:17Syarikat pengeluar kenderaan elektrik berpangkalan di Austin itu melaporkan aliran tunai bebas positif sebanyak $1.44 bilion Amerika bagi tempoh
00:283 bulan berakhir 31 Mac berbanding jangkaan penganalisis yang meramalkan pembakaran tunai sekitar $1.43 bilion.
00:39Susulan keputusan tersebut saham Tesla meningkat 3.4% dalam dagangan lanjutan. Pendapatan syarikat bagi suku pertama direkodkan sebanyak $22
00:47.39 bilion, sedikit rendah berbanding anggaran perata penganalisis sebanyak $22.6 bilion.
00:54Walaupun perhantaran kenderaan berada di bawah jangkaan Wall Street, jumlah perhantaran meningkat 63% berbanding tempoh sama tahun lalu ketika
01:02permintaan sebelum ini terjejas susulan protes terhadap pendirian politik ketua bersekutif Elon Musk.
01:08Segma automotif pertama syarikat itu terus berdepan tekanan apabila pesaing memperkenalkan model lebih baharu pada harga lebih rendah selain kesan
01:15tamatnya insentif cukai kenderaan elektrik di Amerika Syarikat.
01:18Dalam usaha memperluas pasaran, Tesla dilaporkan sedang membangunkan SUV elektrik lebih kecil dan mampu milik dengan rancangan pengeluaran awal di
01:26China sebelum diperluaskan ke Amerika Syarikat dan Eropah.
01:29Syarikat itu sebelum ini membatalkan rancangan menghasilkan platform kenderaan elektrik EV kos rendah pada 2024 sebaliknya memperkenalkan versi lebih murah
01:37bagi model popular seperti Tesla Model 3 dan Tesla Model Y bagi menarik pembeli sensitif harga.
Comments

Recommended