Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Barisan panjang kenderaan dilaporkan terbentuk di luar stesen minyak di El Alto susulan kekurangan diesel yang semakin meruncing di Bolivia.
Transcript
00:00Seterusnya, barisan panjang kenderaan dilaporkan terbentuk di luar stesen minyak di El Alto, susulan kekurangan diesel yang semakin meruncing di
00:09Bolivia.
00:10Pemandu terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bekalan bahan api ketika negara itu terus berdepan gangguan bekalan yang berulang sejak
00:18beberapa tahun kebelakangan ini.
00:22Penganalisis tenaga dan hidrokarbon dari Yayasan Jubilee, Raul Velasquez berkata, lonjakan harga minyak global menjadi antara faktor utama yang memburukkan
00:30lagi krisis tersebut.
00:32Menurutnya, jurang harga antara bahan api bersubsidi di Bolivia dan harga pasaran serantam mendorong kegiatan penyeludupan.
00:39Keadaan itu menyaksikan penyeludup membeli bahan api pada harga murah di dalam negara sebelum menjualnya pada harga lebih tinggi di
00:45luar sempadan, sekaligus meningkatkan permintaan dan menekan bekalan domestik.
00:49Presiden Senat Bolivia, Diego Avila mengakui negara itu kini berdepan masalah serius dalam bekalan hidrokarbon.
00:55Beliau berkata kerajaan bersama syarikat minyak milik negara YPFB sedang berusaha mengatasi isu tersebut melalui impor bahan api.
01:03Namun, selesai itu berdepan cabaran kerana pembayaran perlu dibuat dalam dolar Amerika Syarikat yang kini terhad dalam negara tersebut.
Comments

Recommended