Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Pasaran saham Amerika Syarikat ditutup lebih tinggi selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melanjutkan gencatan senjata dengan Iran, sekali gus meredakan kebimbangan pelabur terhadap risiko geopolitik dan kestabilan bekalan minyak global.
Transcript
00:00Seterusnya, pasaran saham AS ditutup lebih tinggi pada Rabu selepas pelabur menyambut baik keputusan Presiden AS Donald Trump untuk melanjutkan
00:10tempoh kecatan senjata dengan Iran, sekaligus menamatkan penyusutan dua hari berturut-turut bagi indeks utama Wall Street.
00:17Langkah itu membantu meningkatkan sentimen pasaran meskipun ketidaktentuan masih menyelebungi sama ada lanjutan kecatan senjata tersebut akan membawa kepada rundingan
00:29damai yang lebih kukuh.
00:33Trump berkata lanjutan tanpa tempoh tertentu itu dibuat sesulan permintaan pengantara dari Pakistan.
00:40Bagaimanapun, ketegangan geopolitik masih berterusan apabila sekatan tentera laut AS ke atas pelabuhan Iran kekal dilaksanakan, manakala Iran dilaporkan merampas
00:51dua kapal di Slat Hormuz.
00:54Slat Hormuz yang mengendalikan kira-kira 20% bekalan minyak global terus menjadi faktor utama yang diperhatikan pelabur kerana sebarang
01:02gangguan di laluan strategi itu berpotensi memberi kesan besar kepada pasaran tenaga dunia.
01:07Speaker Parlimen Iran dan Ketua Perunding Negara itu, Muhammad Bakir Khalibaf, dilaporkan menegaskan kecatan senjata penuh hanya munasabah jika sekatan
01:18terhadap Iran ditarik balik.
01:20Pasaran saham sebelum ini mencatatkan peningkatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini sesulan jangkaan bahawa penyelesaian damai mungkin dapat dicapai antara
01:29Washington dan Tehran.
01:30Indeks S&P 500 meningkat 73.89 mata atau 1.05% kepada 7137.90 mata.
01:42Indeks S&P 500 meningkat 73.89 mata atau 1.05% kepada 7137.90 mata manakala Nasdaq Composite melonjak
01:56397.60 mata atau 1.64% kepada 24657.57 mata.
02:05Sementara itu, Dow Jones Industrial Average naik 340.65 mata atau 0.69% kepada 49,490.03 mata.
Comments

Recommended