Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengenepikan hukuman penjara 12 bulan pasangan atas perbuatan tidak senonoh di tanah perkuburan, sabitan kekal, bebas selepas tahanan dikira hukuman.
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Selasa mengetepikan hukuman penjara 12 bulan terhadap pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak senonoh di
00:09sebuah tanah perkuburan Cina pada Mac lepas.
00:12Hakim Rofiah Mahamad membuat keputusan selepas membenarkan permohonan semakan, difailkan pasangan itu untuk mengetepikan hukuman dijatuhkan Mahkamah Magistrit pada 26
00:22Mac bagaimanapun mengekalkan sambitan terhadap mereka.
00:27Rofiah memerintahkan hukuman penjara digantikan dengan tempoh penjara dari tarikh tangkapan iaitu 23 Mac sehingga pelupusan semakan pada hari ini.
00:37Sehubungan dengan itu, pasangan tersebut diperintahkan untuk dilepaskan serta merta.
00:42Terdahulu, Peguam Bela Datuk Naran Singh memaklumkan telah mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan berhubung hukuman tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.
00:52Timbalan pendakwa raya Muna Muhammad Jafar tidak membantah permohonan itu dan mengesahkan menerima representasi yang dikemukakan.
01:00Rofiah dalam penghakimannya berkata, Mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menolak persetujuan antara pihak pendakwaan dan pembelaan selaras dengan representasi yang
01:09dikemukakan.
01:10Pada 26 Mac, Mahkamah Magistri menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap pasangan tersebut selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di
01:19sebuah tanah perkeburan Cina di Batu Gantong Air Hitam pada 8.30 pagi pada 22 Mac.
01:25Mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 2 tahun.
Comments

Recommended