00:00Kerajaan Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Belia dan Sukan KBS
00:05serta Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia, Sukma Selangor 2026
00:09bagi menentukan keputusan berhubung penganjuran temasha itu di negeri ini
00:13yang dijadwalkan pada Ogos depan.
00:16Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Syari berkata sebarang keputusan berkaitan Sukma
00:20perlu dibuat pada peringkat pusat selaras dengan struktur tatbik urus sedia ada
00:25selain memastikan persiapan atlet tidak terjejas menjelang sukan CEDC 2027
00:31yang menjadi fokus utama pembangunan sukan negeri.
00:36Menurutnya Sukma ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma dan percaya
00:41Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari akan bertindak dengan sebaik mungkin
00:46dan membuat keputusan yang terbaik.
00:48Bagaimanapun katanya apa yang penting persediaan atlet negara untuk sukan CEDC 2027
00:53tidak terganggu kerana Sukma merupakan medium untuk mengenalpasti kebolehan atlet.
00:58Mengulas lanjut, Amiruddin berkata pihaknya akan mengambil kira pandangan semua pihak
01:03termasuk hasil perbahasan di Dewan Undangan Negeri Don
01:06sebelum sebarang pendirian dimuktamadkan bagi memastikan keputusan yang dibuat
01:11lebih seimbang dan menyeluruh.
01:13Beliau berkata aspek implikasi kewangan menjadi antara pertimbangan penting
01:18memandangkan terdapat perbelanjaan awal yang telah dibuat
01:21serta risiko kerugian sekiranya berlaku perubahan keputusan
01:25pada peringkat akhir pelaksanaan.
Comments