Skip to playerSkip to main content
Seramai 14 pelajar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa, bagi pertuduhan menjadi ahli perhimpunan iaitu bergaduh dan melakukan kesalahan merusuh di hadapan sebuah sekolah, di Johor Bahru minggu lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775677/berita/semasa/14-pelajar-dua-wanita-didakwa-bergaduh-depan-sekolah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #gaduhdepansekolah #mahkamah
Transcript
00:00Seramai 14 pelajar dihadapkan ke Mahkamah Magistret Johor Bahru pada Selasa
00:04bagi petuduhan menjadi ahli perhimpunan iaitu bergaduh dan melakukan kesalahan merusuh
00:10di hadapan sebuah sekolah di Johor Bahru minggu lalu.
00:13Daripada jumlah itu, seramai enam orang kena saman OKS berusia 12 hingga 16 tahun
00:19mengaku bersalah di hadapan Magistret Nabilah Nizam.
00:22Manakala lapan lagi berusia 15 hingga 17 tahun mengaku tidak bersalah
00:27atas petuduhan yang dibacakan secara bersama.
00:30Mengikut kertas petuduhan, mereka menjadi ahli suatu perhimpunan menyalahi undang-undang
00:36dengan tujuan bersama untuk bergaduh dan melakukan kesalahan merusuh
00:40sehingga menyebabkan kekerasan digunakan.
00:42Perbuatan itu dilakukan di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selasa Jaya, Sekudai, Iskandar Puteri
00:47pada kira-kira 12.45 tengah hari pada 10 April lalu.
00:52Mahkamah menetapkan 29 April ini untuk mendapatkan laporan akhlak, fakta
00:57dan perintah terhadap enam yang mengaku bersalah
00:59manakala bagi lapan lagi, tarikh sama ditetapkan bagi serahan dokumen
01:04serta lantikan peguam.
01:06Kesemua OKS kanak-kanak dibenarkan diikat jamin RM800 setiap seorang
01:10dengan seorang penjamin.
01:12Di mahkamah sama, seorang wanita R. Loganayagi, 36 tahun,
01:17mengaku tidak bersalah atas petuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan
01:21terhadap salah seorang pelajar berusia 17 tahun pada jam 12 tengah hari
01:26di lokasi dan hari yang sama.
01:28Mahkamah memerintahkan wanita tersebut dikenakan denda RM2,000
01:32dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April sebagai tarikh sebutan semula.
01:37Sementara itu, di mahkamah berasingan, S. Laksmi, 37 tahun,
01:42mengaku tidak bersalah di hadapan Magistrat Atifah Hazimah Wahab
01:45bagi petuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan
01:48terhadap seorang pelajar berusia 17 tahun pada jam 12.10 di hari
01:53dan lokasi yang sama.
01:55Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin
01:59dan menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan semula.
02:07selamat menikmati.
Comments

Recommended