Skip to playerSkip to main content
Gerakan besar perlu dijayakan, hidupkan semula budaya membaca

Gerakan berskala besar perlu dilaksanakan bagi menghidupkan semula budaya membaca dalam kalangan masyarakat yang semakin terhakis akibat pengaruh dunia digital.

Pengerusi Penggerak Komuniti Keluarga Membaca, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, aktiviti membaca merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat berilmu, berfikiran kritis dan berdaya saing.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/775300/berita/nasional/gerakan-besar-perlu-dijayakan-hidupkan-semula-budaya-membaca

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PenggerakKomunitiKeluargaMembaca
Transcript
00:00Gerakan berskala besar perlu dilaksanakan bagi menghidupkan semula budaya membaca dalam kalangan masyarakat yang semakin terhakis akibat pengaruh dunia digital.
00:10Pengerusi penggerak komuniti keluarga membaca, Datuk Nek Mohamad Hashiduddin Yusof berkata,
00:15aktiviti membaca merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat berilmu, berfikiran kritis dan berdaya saing.
00:22Menurut beliau, strategi baharu perlu dirangka agar selari dengan perubahan landscape digital dan gaya hidup masyarakat hari ini.
00:30Dari segi pembinaan tamadun ini, membaca merupakan satu perkara yang penting.
00:37Cuma dalam konteks dunia yang modern ini, kita kena tengok pendekatan mana yang lebih berkesan kepada masyarakat.
00:45Tapi yang kita nak capai ialah masyarakat akan nampak membaca ini merupakan jalan keluar untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang mereka
00:56hadapi.
00:56dan dengan itu menyebabkan lebih ramai orang suka membaca, gemar membaca dan daripada bacaan itu,
01:04kita menjadi masyarakat yang lebih bertamadun, mampu menengani pelbagai cabaran dan membina kejayaan untuk generasi masa depan.
01:12Usaha inilah satu titik mula. Ia mungkin kecil pada permulaannya, tapi sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu yang bermakna dan bernilai
01:20untuk masa depan.
01:22Hanya dengan satu perkataan, membaca sebagaimana ayat yang pertama yang diturunkan kepada baginda Rasulullah SAW,
01:31iaitu ikhrak. Kita nak membaca dan dengan membaca, kita akan meningkatkan harga diri, maruah pribadi dan kesedaran untuk menjadi manusia
01:41yang berguna.
01:42Program Pertemuan Komuniti Membaca 12026 yang julung kali diadakan itu menghimpunkan pemain industri
01:49antaranya penulis terkenal Datuk Roslan Abid Hamid, Sri Diyah Shahruddin dan Puan Sri Fatini Yaakob
01:56bagi merangka halatuju bersama dalam usaha memperkukuh amalan membaca.
Comments

Recommended