00:00Seorang pemandu bas dan kekasih atas riba ke penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Magistrit pada Jumaat atas pertuduhan memandu
00:08secara berbahaya minggu lalu.
00:10Tertuduh Arif Fahmi Abdul Salam, 36 tahun dan Nur Adila Najwa Ilham Amirullah, 21 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan
00:18Magistrit Mazana Sinin.
00:20Arif Fahmi dijatuhi penjara setahun sementara Nur Adila Najwa Ilham dipenjara enam bulan dengan masing-masing dikenakan denda RM5,000
00:29setiap seorang.
00:31Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama dituduh memandu kenderaan bas nombor pendaftaran APE 9588 dengan cara berbahaya kepada orang awang.
00:41Perbuatan itu dilakukan pada ahad lalu sekitar jam 7.30 malam di Susur Keluar Hentian Rehat dan Rawat, RNR Bemban,
00:49Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dalam daerah Jasin, Melaka.
00:54Dia didakwa mengikut Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2020 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
01:05Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan lesin
01:14memandu sekurang-kurangnya lima tahun jika sabit kesalahan.
01:18Sementara itu, Nur Adila Najwa turut didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata
01:27kesat dan menghina seorang wanita berusia 44 tahun sehingga mengganggu ketenteraman mangsa.
01:33Kesalahan itu dilakukan pada hari sama kira-kira jam 6 petang di dalam bas berkenaan ketika susur keluar dari RNR
01:40Bemban Arah Selatan di daerah Jasin.
01:43Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.
01:48Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama selain tidak melibatkan kerugian
01:56iaitu tiada kemalangan berlaku dan penumpang tiba dengan selamat di destinasi.
02:01Arif Fahmi berkata dia telah menerima kesan daripada tindakannya itu apabila diberhentikan kerja secara serta-merta oleh syarikat sekaligus hilang
02:10punca pendapatan untuk menanggung ibunya yang menghidap darah tinggi serta dua adiknya.
02:16Beliau turut memaklumkan perlu hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat bagi memberi keterangan berhubung kes
02:24sama.
02:25Sementara itu, Nur Adila Najwa dalam nada sebab memohon hukuman ringan kerana masih muda dan mahu menyambung pelajaran.
02:33Timbalan pendakwa rakyat Muhammad Asri Abdul Rahman dan Nur Shazwani Muhammad Yusri dalam hujah pemberatnya memohon hukuman berat dengan mengambil
02:41kira keseriusan kes tersebut.
02:43Menurutnya, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada orang awam selain mengambil kira kepentingan awam yang harus didahulukan berbanding
02:52kepentingan tertuduh.
02:53Beliau turut memaklumkan lesen memandu tertuduh pertama telah tamat tempoh pada 1 April 2026 iaitu sebelum kejadian pada 12 April
03:02lalu.
03:03Mahkawah kemudian menjatuhkan hukuman tersebut berkuatkuasa dari tarikh sabitan selain menetapkan dua bulan penjara jika gagal membayar denda.
03:11Kedua-dua tertuduh juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.
03:16Selain itu, Nur Adilan Najwa turut didenda RM100 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan
03:25Kecil 1955
03:26kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina seorang wanita berusia 44 tahun sehingga mengganggu ketenteraman mangsa.
03:35Mazana berkata tindakan tertuduh jelas mengabaikan keselamatan walaupun tiada kemalangan berlaku dan berharap hukuman itu dijadikan pengajaran.
03:46Terima kasih telah menonton!
Comments