00:00Cadangan mempertaruhkan bekas Menteri Khairi Jamaluddin sebagai figura UMNO di Kedah di Kuatiri Memakan Diri,
00:08kata penganalisis yang memberi amaran supaya kesilapan pada PRU15 tidak diulangi.
00:15Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata pengalaman Khairi bertanding di Sungai Buloh pada PRU15
00:22sepatutnya menjadi pengajaran,
00:24bahawa meletakkan tokoh berprofil tinggi di kawasan yang tidak serasi dengan imej dan pendekatan politiknya merupakan strategi rapuh.
00:33Menurut penganalisis dari Global Asia Consulting itu,
00:37Kedah bukan medan politik urban yang meraihkan wacana reformasi atau retorik intelektual,
00:43sebaliknya lebih dekat dengan kepimpinan yang mudah didekati dan mesra warung kopi.
00:49Kelmarin Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah Muhammad Safwan Jaafar dilaporkan berkata barisan nasional atau BN negeri itu
00:57memerlukan figura seperti Khairi bagi memacu semula kebangkitan politik.
01:02Sementara itu Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata negeri di bawah blok SG4 termasuk Kedah
01:09mempunyai semangat kenegerian yang kuat dalam menentukan penerimaan terhadap calon.
01:13Menurutnya Khairi ialah calon universal yang lebih sesuai untuk menarik sokongan pengundi muda
01:21di kawasan bandar dan pinggir bandar tanpa dibebankan sentimen kenegerian.
01:26Zharul Alam Yeh Syahir FMT
Comments