Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dikekalkan RM2.15 seliter susulan kebergantungan tinggi penduduk terhadap diesel bagi elektrik, pengangkutan dan aktiviti ekonomi, terutama di kawasan pedalaman dengan infrastruktur terhad.
Transcript
00:00Harga diesel di Sabah, Sarawak dan wilayah Pesekutuan Labuan dikekalkan pada RM2.15 se-liter.
00:06Menjelaskan rasional di sebalik keputusan itu, Kementerian Kewangan MOF berkata,
00:11diesel bukan setakat bahan api, bagi mereka malah juga nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian.
00:17Menurut MOF, keluasan geografi yang 60% lebih besar daripada semenanjung Malaysia,
00:22serta bentuk muka bumi yang mencabar, menjadikan penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan lebih bergantung kepada komoditi itu.
00:28MOF menjelaskan diesel digunakan secara meluas di Sabah, Sarawak dan Labuan
00:32untuk penjanaan elektrik dan aktiviti ekonomi seperti pengangkutan dan perikanan.
00:38Selain itu, liputan elektrik dan infrastruktur tidak menyeluruh di sesetengah kawasan luar bandar,
00:43jadi diesel menjadi sumber tenaga utama untuk kehidupan harian.
Comments

Recommended