00:01Ahli Bersatu Rezwan Yusof menyifatkan kenyataan Wan Ahmad Faisal Wan Ahmad Kamal mengenai peletakan jawatan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang
00:10sebagai tidak matang.
00:13Beliau berkata dakwaan ia langkah strategik untuk melindungi Pengerusi Perikatan Nasional atau PN Samsuri Mukhtar daripada serangan berterusan bersatu juga
00:22tidak berasas.
00:24Beliau berkata Wan Faisal masih perlu belajar politik dan memahami isu sebenar dalam pelantikan Ketua Pembangkang.
00:32Tambahnya, naratif di bawah Wan Faisal dilihat sengaja diwujudkan bagi mengangkat kedudukan individu tertentu serta mencetuskan perpecahan dalam Bersatu dan
00:43PN.
00:45Terdahulu, Wan Faisal menyifatkan peletakan jawatan Hamzah sebagai langkah strategik bagi melindungi Samsuri daripada serangan berterusan selain menuduh Bersatu mengamalkan
00:57politik longkang kerana mempersoalkan kredibiliti pemimpin itu.
01:01Hubungan antara PAS dan Bersatu dilaporkan tegang sejak beberapa bulan kebelakangan ini menyusuli kemelut politik Perlis yang menyaksikan jawatan Menteri
01:11Besar bertukar tangan awal tahun ini.
01:14Khadija Juno, FMT
Comments