Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Polis menahan 13 lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 45 tahun susulan kejadian pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Kepong pada 12 April lalu, yang dipercayai berpunca daripada kekecohan melibatkan pelanggan mabuk.
Transcript
00:00Seramai 13 lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Kepung pada Ahad.
00:09Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisional Basri Sagoni berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8 pagi
00:17daripada seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Sentul.
00:22Bertindak atas maklumat, Basri menjelaskan sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Sentul bersama Jabatan Siasatan Jenayah Kontingen Kuala Lumpur
00:32telah menjalankan operasi dan menahan 13 lelaki berusia antara 18 hingga 45 tahun pada Isnin.
00:39Katanya siasatan awal mendapati kejadian pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pelanggan dalam keadaan mabuk di premis berkenaan sehingga
00:48mencetuskan kekecohan.
00:50Basri berkata kesemua suspek telah dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut dan kini direman sehingga 16 April bagi membantu
00:58siasatan.
00:59Kertas siasatan jelas beliau telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.
01:05Terima kasih.
01:06Terima kasih.
01:07Terima kasih.
01:08Terima kasih.
Comments

Recommended