Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Korea Selatan turut mempertimbang untuk mempelbagaikan import minyak mentah dengan meningkatkan pembelian dari Amerika Syarikat dan Kazakhstan.
Transcript
00:00Menteri Industri Korea Selatan Kim Joo Kwan pada ahad berkata Arab Saudi telah berjanji untuk mengutamakan penghantaran minyak kenekar itu
00:07ketika Seoul mencari laluan alternatif melalui Laut Merah.
00:11Memetik laporan agensi berita Yonghub, pihak berkuasa di Seoul sedang berusaha menghantar 5 kapal berdaftar di Korea Selatan ke Bandar
00:18Pelabuhan Yang Bu di Arab Saudi di Pantai Laut Merah
00:21bagi membantu mewujudkan laluan bekalan alternatif susulan penutupan selat humus di tengah-tengah konflik Asia Barat.
00:28Menurut beliau, pihaknya sedang menyediakan langkah bagi membolehkan kapal negara itu menggunakan laluan Laut Merah
00:33termasuk kemungkinan operasi pengiring oleh kapal pemusnah di Jong Yong daripada unit Cheong Hae.
00:39Kim menekankan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi telah berjanji untuk memperuntukkan penghantaran minyak kepada Korea Selatan secara keutamaan.
00:47Beliau menambah bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mempelbagaikan import minyak mentah dengan meningkatkan pembelian dari Amerika Syarikat dan Kazakhstan.
00:55Harga minyak melonjak susulan serangan Amerika Syarikat Israel ke atas Iran pada akhir Februari lepas
01:01sekaligus meningkatkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi dan inflasi di Korea Selatan
01:06yang sangat bergantung kepada import dari Asia Barat bagi bekalan tenaga.
Comments

Recommended