00:03Harga minyak mentah global melonjak pada lewat Ahad selepas tentera laut Amerika Syarikat memaklumkan ia akan mula melaksanakan sekatan terhadap
00:11trafik maritim keluar masuk pelabuhan Iran, susulan kegagalan rudingan damai dengan Teheran.
00:17Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat bagi perhantaran Mei meningkat lebih 8% kepada $105 Amerika Setong pada 8.30
00:25pagi waktu Malaysia, manakala minyak mentah brand naik kira-kira 8% kepada $103 Amerika Setong.
00:35Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat, Senkom berkata pada Ahad bahawa pihak tentera akan menguatkuasakan sekatan ke atas semua kapal yang memasuki
00:43atau meninggalkan pelabuhan Iran bermula 10 pagi pada Isnin.
00:48Operasi itu tidak akan menjejaskan kapal yang berlayar ke atau dari pelabuhan bukan Iran katanya. Sekatan itu akan dikenakan ke
00:55atas kapal dari semua negara dan meliputi pelabuhan Iran di sepanjang Teluk Arab serta Teluk Oman menurut kenyataan tersebut.
01:02Terdahulu pada Ahad, Presiden Donald Trump berkata tentera laut Amerika Syarikat akan mengambil langkah menyekat perkapalan di selat humus selepas
01:09rundingan antara Washington dan Teheran di Pakistan gagal mencapai persetujuan untuk menamatkan konflik.
01:15Trump berkata tentera laut telah diarahkan untuk mengenalpasti dan menghalang mana-mana kapal di perairan antarabangsa yang membayar tol kepada
01:22Iran bagi transit melalui selat itu iaitu laluan strategik yang menghubungkan pengeluar minyak Asia Barat ke pasaran tenaga global.
01:29Selat humus kebiasaannya mengendalikan kira-kira 20% bekalan minyak global namun trafik kapal tangki merosot ketara sesulang peningkatan ketegangan
01:38keteteraan dan kebimbangan terhadap serangan Iran.
01:41Gangguan itu disifatkan sebagai kejutan bekalan minyak terbesar dalam sejarah selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada
01:4828 Februari lalu.
01:50Masih belum jelas sama ada Amerika Syarikat akan menyambung semula serangan udara ke atas Iran.
01:55Trump sebelum ini bersetuju kepada genjatan senjata selama dua minggu sebagai pertukaran dengan kebenaran Teheran membenarkan kapal melalui selat tersebut
02:03selepas beliau sebelum itu mengeluarkan ancaman tindakan ketenteraan lebih meluas terhadap infrastruktur Iran.
02:09Pegawai Iran berkata laluan selamat di selat itu sepanjang tempoh genjatan senjata adalah tertakluk kepada kelulusan Teheran.
02:17Penasihat kanan kepada pemimpin tertinggi Iran Ali Akbar Vilayati berkata pada ahad bahawa kawalan itu atas selat humus kekal di
02:24tangan Iran menurut laporan media kerajaan.
02:27Data LSEG menunjukkan hanya tiga kapal supertanker melalui selat itu pada Sabtu jauh lebih rendah berbanding paras sebelum konflik yang
02:35menyaksikan lebih seratus kapal belayar setiap hari.
02:38Setiap supertanker mampu membawa sehingga dua juta tong minyak mentah.
02:42Naik Presiden Amerika Syarikat J.D. Vance yang mengetuai delegasi negara itu dalam rundingan berkenaan berkata rundingan gagal kerana Iran
02:49tidak memberikan komitmen jelas untuk menahan diri daripada membangunkan senjata nuklear.
02:55Speaker Parlimen Iran Mohd Barga Galibaf pula berkata Amerika Syarikat gagal meraih kepercayaan delegasi Iran dalam pusingan rundingan terbaru tersebut.
03:09Terima kasih kerana menonton!
Comments