00:00Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizah memaklumkan gangguan di Selat Hormuz menjejaskan kira-kira 20% aliran minyak
00:08dunia,
00:09sekaligus menyebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga.
00:14Beliau berkata Malaysia masih bergantung kepada import minyak apabila penggunaan domestik sekitar 350,000 tong sehari tidak mencukupi,
00:23berbanding penggunaan 700,000 tong sehari.
00:28Tambahnya, situasi ini turut meningkatkan kos logistik sehingga 3 kali ganda dan insurans sehingga 16 kali ganda,
00:35sekaligus memberi tekanan kepada harga minyak global.
00:39Bekalan yang rendah, permintaan yang tinggi, ancaman keselamatan, kenaikan kos penghantaran dan insurans yang berlipat dan ganda,
00:49kesemuanya menyumbangkan kepada harga akhir RON95 dan diesel.
00:56yang menaik secara mendadak di seluruh dunia, termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, China dan seluruh Asia Tenggara,
01:05menjadikan ini suatu krisis tenaga global.
01:09Dalam masa sama, kerajaan mengekalkan komitmen subsidi bahan api bagi melindungi rakyat serta sektor kritikal seperti pengangkutan awam dan nelayan.
01:19Beliau memaklumkan perbelanjaan subsidi meningkat kepada RM6 bilion berbanding RM700 juta sebelum krisis bagi menampung kenaikan kos dan mengurangkan beban
01:29rakyat.
01:30Untuk memastikan bekalan dalam negara, kerajaan juga meningkatkan usaha penguatkuasaan untuk membenteras penyelidupan dan penyelewengan.
01:41Ini termasuklah aktiviti yang dikenali sebagai channel switching di mana korporat dan industri yang sepatutnya membeli minyak secara terus kepada
01:51syarikat minyak
01:52pada harga pasaran secara diam-diam membeli harga di pump.
01:58Harga pasaran antara RM7 ke RM8 adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan harga diesel di stesen minyak RM6.72
02:07yang sebahagiannya masih kosnya diserap oleh kerajaan.
02:14Kerajaan terut menggesa rakyat mengamalkan penjimatan tenaga dan melaporkan sebarang salah laku
02:20dalam usaha memastikan kestabilan bekalan tenaga negara.
Comments