00:00Harga atas jalan yang lebih rendah untuk kenderaan elektrik atau EV
00:05mungkin menarik pembeli, tetapi banyak faktor lain dijangka
00:09menyebabkan permintaan kekal rendah, kata pemain industri.
00:13Suresh Nair Eksekutif Jualan di Car Connection Subang berkata,
00:17permintaan lemak untuk EV terpakai, nilai jual semula yang rendah,
00:21kebimbangan tentang jangka hayat bateri,
00:24serta servis selepas jualan yang tidak menyeluruh
00:27menjejaskan nilai jangka panjang EV.
00:30Beliau menjelaskan ketidakpastian tentang jangka hayat bateri dan kos penggantian
00:35telah mengurangkan keyakinan dalam pasaran kereta terpakai,
00:39terutamanya kerana bateri biasanya merangkumi kira-kira 40% daripada harga keseluruhan EV.
00:46Menurutnya, kenderaan petrol atau diesel lebih tahan nilai
00:50kerana alat ganti boleh dibaiki atau ditukar,
00:53manakala EV susut nilai lebih cepat,
00:56ibaratkan seperti telefon apabila baterinya sudah lemah.
01:00Nair berkata,
01:01pembeli EV biasanya lebih memilih unit baharu yang ada jaminan,
01:06sebab itu ada peniaga termasuk dirinya sendiri,
01:09kurang berminat menerima EV sebagai tukar beli.
01:12Presiden Federation of Motor and Credit Companies Association of Malaysia,
01:18Tony Kaur, turut bersetuju dan menambah bahawa isu pemindahan jaminan,
01:23lebihan bekalan serta kekurangan bengkel EV juga
01:26menjejaskan nilai jual semula dan keyakinan pembeli di Malaysia.
01:30Azurin Zainal, FMT
Comments