00:00Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, kita tidak boleh menunggu dan melihat semata-mata.
00:06Kerajaan sedang memantau keadaan secara lebih dekat dan lebih tersusun melalui dashboard indicator economy.
00:16M10 telah bersetuju supaya pemantauan dilaksanakan secara lebih terperinci
00:22menggunakan data berfrekuensi tinggi bagi setiap sektor
00:27dengan maklumat diperoleh daripada agensi pengawal selia dan pemain industri berkaitan.
00:35Tujuannya jelas supaya kita boleh mengesan tekanan lebih awal,
00:41mengenalpasti sektor yang paling terjejas dan mengambil tindakan dengan lebih cepat.
00:47Ketiga, menyelaras tindakan ataupun tindak balas kerajaan secara bersepadu.
00:54Kementerian Ekonomi melalui M10 telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pendekatan
01:01dan inisiatif yang menyeluruh merangkumi dasar makro, fiskal, kewangan dan sektoral
01:09supaya segala langkah yang diambil saling menyokong dan benar-benar berkesan.
01:15Ini termasuk penyelarasan dengan kementerian-kementerian berkaitan
01:21untuk mengenalpasti tindakan dan intervensi yang sesuai berdasarkan sektor yang terkesan.
01:30Bukan sahaja jangka pendek, malah jangka sederhana kerana dengan pandangan krisis ini
01:38akan memberi kesan kepada ekonomi dan pemulihan dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun.
01:47Selain itu, kerajaan juga memberi tumpuan kepada ketahanan bekalan negara.
01:54M10 telah meneliti langkah untuk mempelbagaikan sumber input bahan api,
02:01mengukuhkan kerjasama strategik dengan negara dagang utama
02:06dan memastikan keterjaminan input pengeluaran.
02:12Petronas dan agensi berkaitan sedang mengambil tindakan ke atas usaha ini.
02:17Pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia juga diputuskan supaya melaksanakan
02:25sokongan pembiayaan kepada firma yang terjejas.
02:31Terima kasih telah menonton!
Comments