Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kira-kira 3.2 juta rakyat Iran terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing sejak serangan bermula pada 28 Februari lalu.
Transcript
00:00Sekitar 4 juta penduduk di Asia Barat hilang tempat tinggal susulan konflik berlarutan di rantau itu.
00:06Mengikut statistik Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNHCR,
00:12kira-kira 3.2 juta rakyat Iran terpaksa meninggalkan kediaman sejak serangan bermula pada 28 Februari lalu.
00:19Ia bersamaan 3% daripada keseluruhan penduduk negara itu.
00:23Seterusnya, lebih 1 juta penduduk di Lubnan turut berdepan nasib sama selepas kediaman mereka musnah menyembah bumi.
00:32Di Iran, lebih 85,000 lokasi awam rosak termasuk ratusan kemudahan kesihatan dan sekolah.
00:39Selain itu, di ibu negara Teheran, hampir 14,000 unit kediaman rosak.
00:44Manakala di Israel, sekitar 5,000 penduduk terpaksa dipindahkan akibat serangan peluru berpandu daripada Iran dan Hezbollah.
00:51Situasi ini mencerminkan kesan langsung konflik terhadap barang awam.
00:55Barang berterusan memaksa keluarga mencari pelindungan dalam keadaan serba kekurangan.
01:01Bantuan dana sebanyak RM276.5 juta dirayu oleh UNHCR untuk meringankan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.
01:10Namun ketika ini, kurang daripada 10% dana itu berjaya dipenuhi.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended