Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Statistik DOSM menunjukkan lebih separuh import minyak Malaysia datang dari Asia Barat. Kebergantungan tinggi ini mendedahkan negara kepada risiko gangguan bekalan dan kenaikan harga jika konflik serantau berlaku, walaupun usaha sumber alternatif telah digerakkan.
Transcript
00:00Dan untuk berikan gambaran lebih jelas berkenaan dengan bagaimana kesan kepada sektor minyak dalam negara, kita bawakan kepada anda statistik
00:08dan angka ini.
00:08Sekiranya anda dapat saksikan, kita jatakan tadi, ada peningkatan dari sudut sumbangan pengeluaran minyak dalam negara daripada 181 juta tung
00:17pada tahun 2024 kepada 183 juta tung pada tahun 2025.
00:20Dan pada suku tahun keempat, tahun lepas, kita mengeluarkan 47.8 juta tung untuk satu suku sahaja berbanding keseluruhan tahun
00:332025.
00:34Dan daripada keseluruhan itu, 64.4% daripadanya ia dijadikan minyak mentah manakala selebihnya 35% dijadikan sebaik kondensat.
00:44Kondensat ini berdasarkan definisi, ia merupakan bahan-bahan yang dihasilkan daripada bahan petroleum dan minyak mentah ini tapi bukan digunakan
00:51untuk bahan api.
00:53Jadi majoritinya digunakan untuk tujuan bahan api dan nilai jualan seperti yang anda saksikan, kalau kita berikan tumpuan khususnya kepada
00:59jualan runcit daripada keseluruhan pengeluaran minyak dalam negara, RM19.2 bilion itu dijual melalui penjualan sel runcit.
01:08Dan kita beralih kepada satu lagi maklumat untuk kita tunjukkan kepada anda berikutnya iaitu kebergantungan kita dan negara kita kepada
01:15petrol dan juga minyak yang kita terima dan kita eksport kepada negara-negara lain.
01:21Boleh kita tunjukkan slide berikutnya untuk manfaat penonton kita, ini merupakan negara-negara yang menunjukkan kebergantungan sejauh manakah negara kita
01:30eksport minyak kita kepada negara tertentu dan sejauh mana pula negara-negara lain menyumbangkan minyak mereka untuk negara kita.
01:38Dalam konteks petrolium mentah dan juga kondensat, kita dapat saksikan secara umumnya kita lebih banyak eksport, kita net eksporter, kita
01:48eksport bersih produk petrolium mentah dan juga kondensat RM49.2 bilion berbanding import yang kita perlukan RM11.5 bilion.
01:58Dan negara-negara yang paling banyak kita eksport minyak kita adalah ke Australia, Jepun dan Thailand manakala import kita bergantung
02:05kepada minyak daripada Arab Saudi, UAE dan juga Oman.
02:09Dan beralih kepada sektor berikutnya, keluaran petrolium bertapis sekali lagi kita merupakan net eksporter apabila RM23.9 bilion daripada keluaran
02:20petrolium bertapis Malaysia kita eksport ke Indonesia, Singapura dan Australia manakala RM22.7 bilion
02:27merupakan minyak yang kita eksport daripada Singapura, Korea Selatan dan juga Cina.
02:34Dan kategori ketiga iaitu LNG, gas asli cecair.
02:39Hal ini juga kita merupakan net eksporter kerana RM13.6 bilion di eksport ke Korea Selatan, Jepun dan juga Cina
02:46manakala RM1.6 bilion merupakan LNG yang kita import daripada Australia.
02:52Jadi itu gambaran kepada para penonton berkenaan dengan bagaimanakah kebergantungan negara kita terhadap minyak, produk petrolium, produk minyak yang diambil
03:03daripada negara-negara yang berbeza
03:06dan semanakah kita lebih banyak import ataupun eksport untuk ketiga-ketiga kategori ini.
Comments

Recommended