00:00Kementerian Pendidikan membenarkan pentadbir sekolah menutup operasi sekolah sekiranya suhu mencecah lebih 37 darjah Celsius selama 3 hari berturut-turut.
00:10Perkara itu dikelaskan timbalan Menteri Pendidikan Wong Kawoh, susulan cuaca panas dan kering yang semakin meruncing.
00:16Menurut Wong, garis panduan ini telah berkuat kuasa sejak 2023 dan agensi di bawah Kementerian termasuk Jabatan Pendidikan Negeri dan
00:24pihak sekolah memiliki pengalaman yang mencukupi untuk mengendalikannya.
00:28Sehubungan itu KPM juga mengarahkan semua aktiviti luar dihentikan sementara sekiranya suhu berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius untuk
00:383 hari berturut-turut termasuk aktiviti seperti merentas desa, perkemahan, kawat, sukan luar bangunan dan aktiviti pertanian.
00:46Pengetua Guru Besar dan PPD diminta untuk memantau suhu harian di sekolah masing-masing bagi memastikan langkah keselamatan diambil.
Comments