00:00Naib Presiden PKR, Ramanan mengecam cubaan tidak bertanggungjawab pihak tertentu
00:05untuk mengaitkan beliau terhadap dakwaan Ahli Perniagaan Victor Chin
00:09dengan sindiket pengambil alihan paksa syarikat menerusi pakatan.
00:13Ahli Parlimen Sungai Bulut itu turut menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya.
00:19Ramanan berkata dakwaan Chin yang membabitkan beberapa individu itu
00:23disifatkan usaha sengaja untuk mencemarkan image PKR, Ahli Parlimennya serta kerajaan.
00:30Beliau juga mencabar Chin untuk menamakan Mr R yang didakwa sebagai orang tengah dalam sindiket korporat tersebut.
00:37Semalam dalam dokumen setebal 40 muka surat, Chin mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR
00:42yang tidak dinamakan telah meminta 10 juta tunai untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dengan gerakan terbabit.
00:50Chin juga mendakwa seorang individu lain yang dikenali sebagai Mr R bertindak bersama sindiket korporat
00:56untuk menguasai naik seci berhad dan pegangan saham berkaitan melalui paksaan serta sekatan terhadap hak pemegang saham.
01:04Ramanan berkata beliau telah mengarahkan ketua ranteng PKR di Sungai Bulut supaya membuat laporan polis.
01:11Ramanan turut mengkritik bekas timbalan Presiden PKR, Rafi Z. Ramli,
01:15kerana membesarkan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai menteri yang gagal.
01:20Beliau mencabar Rafi Z atau sesiapa sahaja untuk menamakan beliau sambil berkata,
01:26Rafi Z telah membangkitkan isu tersebut walaupun tiada nama diberikan oleh Chin.
01:31Beliau turut mempersoalkan jika wujud agenda untuk memecah belahkan parti.
Comments