Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama penjawat awam Negeri Kedah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit.
Transcript
00:00Sultan Kedah Sultan Salahuddin Sultan Badlis Shah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama penjawat awam negeri Kedah
00:07sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Balai Santapan Besar Istana Anak Bukit.
00:13Majlis berkenaan merupakan cerminan keprihatinan serta hubungan erat di antara institusi diraja dan penjawat awam dalam suasana penuh kemesraan sempena
00:23sambutan perayaan.
00:26Berangkat sama pada Majlis Berkenaan Sultanah Kedah Sultanah Malihah Tengku Arif, Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badrishah Sultan Salahuddin,
00:34Raja Puan Muda Kedah Cik Puan Muda Zahidah Mamat Arif, Tunku Mahkota Kedah Tunku Syazuddin Arif Sultan Salahuddin dan Tunku
00:43Puan Mahkota Kedah Cik Puan Nur Juli Arif.
00:46Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mamat Sanusi Makno, Seti Usaha Kerajaan Kedah Datuk Seri Norizan Kazali
00:52serta Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
00:55Sultan Kedah serta keluarga diraja Baginda berangkat hadir ke majlis sebelum berkenan berangkat ke balai santapan besar bagi santapan utama
01:03bersama para penjawat awam yang hadir.
01:05Baginda seterusnya mengurniakan ampun kurnia duit raya kepada penjawat awam yang hadir sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Baginda.
Comments

Recommended