00:00Bahrain mengemukakan draft resolusi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNSC, yang akan membenarkan negara-negara menggunakan semua langkah
00:10perlu bagi melindungi perkapalan komersial di sekitar Selat Hormuz.
00:15Istilah diplomatik itu lazimnya merujuk kepada kebenaran menggunakan kekuatan ketenteraan.
00:20Diplomat memaklumkan draft tersebut disokong beberapa negara Arab Teluk serta Amerika Syarikat, namun mereka menjangkakan ia sukar diluluskan.
00:30Langkah itu mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat di rantau berkenaan bahawa Iran mungkin terus mengawal Selat Hormuz, laluan strategik yang
00:39menyalurkan kira-kira 1.5 bekalan minyak dunia dan menjadi nadi ekonomi negara Teluk.
00:44Teks tersebut juga akan membenarkan negara bertindak secara bersendirian atau melalui Pakatan Tentera Laut Pelbagai Negara secara sukarela untuk menggunakan
00:54semua cara yang perlu di sekitar Selat Hormuz.
00:58Ini termasuk di perairan wilayah negara pesisir bagi memastikan laluan kapal kekal terbuka dan menghalang sebarang usaha menyekat atau mengganggu
01:07pelayaran antarabangsa.
01:10Selain itu, resolusi berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk mengenakan langkah tambahan termasuk segatan bersasar.
01:17Bagaimanapun, dua diplomat Eropah dan seorang diplomat Barat berkata peluang resolusi itu diluluskan adalah tipis kerana sekutu Iran seperti Rusia
01:26dan Cina dijangka menggunakan kuasa veto jika perlu.
01:31Untuk diluluskan, sesuatu resolusi memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong serta tidak di veto oleh lima anggota tetap majlis iaitu
01:41Rusia, Cina, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments