00:00Dan seterusnya, sekurang-kurangnya seorang maut manakala 77 lagi cedera dalam kejadian sebuah pesawat tentera udara Columbia terhempas di kawasan
00:09pedalaman Amazon pada Isnin.
00:11Menurut Presiden Columbia, Gustavo Petro, setakat ini status lebih 40 penumpang pesawat tersebut belum diketauhi.
00:22Difahamkan pesawat jenis Hercules C-130 berkenaan yang membawa 114 penumpang bersama 11 kru terhempas di kawasan pedalaman berkenaan sejurus
00:33pelepas.
00:34Jelas beliau, ketika ini siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti punca nahas.
00:40Sementara itu, Menteri Pertahanan Pedro Sanchez memaklumkan pesawat buatan Lockheed Martin itu terhempas ketika berlepas dari Puerto Leguizamo berhampiran sempadan
00:50Peru ketika dalam misi membawa anggota tentera.
00:53Rakaman yang tular di media sosial juga menunjukkan pasukan penyelamat dan anggota tentera berada di lokasi bangkai pesawat bagi tujuan
01:01mencari dan menyelamat SA serta mengenalpasti punca kemalangan tersebut.
01:05Menurut agensi berita Reuters, lokasi nahas turut dikenalpasti melalui pemataan topografi dan bangunan berhampiran yang sepadan dengan imejn satelik.
01:16Dalam pada itu, Pedro menegaskan tragedi nahas pesawat tentera udara negara itu jelas membuktikan keperluan mendesak untuk memodernkan aset ketenteraan.
01:26Jelasnya, usaha tersebut telah lama tergendala akibat kekangan birokrasi dan menambah bahawa mana-mana pegawai awam atau tentera yang gagal
01:35menjalankan amanah perlu digugurkan.
Comments