Skip to playerSkip to main content
  • 22 minutes ago
Malaysia dan New Zealand membincangkan kerjasama strategik serta kesan konflik Asia Barat terhadap sektor tenaga, sambil menegaskan keperluan gencatan senjata dan penyelesaian melalui diplomasi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertama Kuali, bertindak ini diteruskan dengan perkembangan konflik di Asia Barat.
00:04Perdana Menteri Dato' S. Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia yang mengecam keras serangan ketenteraan terhadap Iran
00:10selain menolak sebarang tindakan unilateral yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
00:17Pendirian itu dinyatakan oleh beliau melalui perbualan telefon bersama rakan sejawatannya dari New Zealand, Christopher Luxon, pada Selasa.
00:25Dalam perbualan itu, beliau menegaskan Malaysia kekal menggesa gencatan senjata segera, perlindungan orang awam
00:31serta kembalinya semua pihak ke meja rundingan melalui saluran diplomasi.
00:40Kedua-dua pemimpin turut membincangkan kesan konflik terhadap sektor tenaga New Zealand
00:45termasuk peningkatan harga bahan api dan tekanan terhadap ekonomi domestik ekoran konflik Asia Barat.
00:51Anwar turut menyambut baik langkah proaktif kerajaan New Zealand dalam memperkukuh keselamatan tenaga
00:57serta mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu.
01:01Pada masa sama menyatakan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan New Zealand
01:06di bawah kerangka perkongsian strategik.
01:09Ia merangkumi bidang perdagangan, pelaburan serta tenaga sejajar dengan kepentingan bersama kedua-dua negara
01:15dalam mendepani cabaran global semasa.
Comments

Recommended