Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pengarah dan Penerbit UM Press, Prof. Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri menegaskan usaha memperkukuh budaya membaca tidak boleh dipikul penulis semata-mata, sebaliknya memerlukan peranan pembaca, pencinta buku, influencer dan juga sokongan kerajaan. Beliau turut menjelaskan bahawa kandungan buku ilmiah bukan hanya terhad kepada tulisan, tetapi juga bahan visual yang mampu menarik minat pembaca.
Transcript
00:01Budaya membaca buku ilmiah tidak boleh lagi disandarkan kepada penulis sahaja sebaliknya tanggungjawab memartabatkan ilmu mesti dipikul oleh semua pihak
00:09termasuk pembaca, pencipta buku dan seluruh masyarakat yang mengaku ingin melihat negara ini maju berasaskan ilmu.
00:17Demikian pandangan pengarah dan penerbit UM, Pres Prof. Insinyur Dr. Narizul Adib Qadri yang menolak persepsi lama bahawa karya ilmiah
00:26hanya terbatas kepada teks barat atau akademik semata-mata.
00:33Menurut beliau, pemikiran sebegitu sudah lapuk dan hanya menghalang perkembangan budaya ilmu dalam negara.
00:40Beliau menegaskan bahawa buku bergambar, ilustrasi atau kandungan visual juga layak diangkat sebagai bahan ilmiah selagi ia syarat dengan maklumat
00:50yang sahih berwibawa dan mampu mendidik pembacanya.
00:53Kandungan berbentuk visual katanya adalah medium penting yang tidak wajar dipandang rendah apatah lagi ketika masyarakat hari ini semakin memerlukan
01:03pendekatan kreatif untuk menarik minat membaca.
01:06Jadi untuk menjadikan sebuah buku itu menarik sebenarnya memerlukan usaha yang banyak daripada pelbagai pihak dan kalau saya nak sentuh
01:15sikit mengenai penulis, penulis juga kena ambil usaha tak boleh tumbuh kalau kita dah ada ilmu itu tak mesti kita
01:23boleh terus menulis buku.
01:24Macam saya sebagai seorang fakat kejuteraan, tak semestinya saya boleh menulis buku kejuteraan kerana kita perlu berusaha untuk mendapatkan kosa
01:31kata yang sesuai.
01:33Itu juga antara elemen yang menarik orang. Bila dia tengok tajuk itu dia boleh faham, mungkin itu yang membuatkan dia
01:39untuk menarik buku itu dia berderak dan membelinya dan membacanya.
01:43Jadi untuk jadikan buku menarik ini pada saya sangat rumit, dia memerlukan usaha sama-sama semua pihak.
01:48Beliau berkata demikian dalam rancangan Awani Pagi pada Selasa mengulas mengenai membina budaya membaca bagi memenuhi keperluan tamadun semasa.
Comments

Recommended