00:01Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM mencadangkan sekurang-kurangnya 3 Akta Baharu di Gubal
00:08supaya isu pendanaan awam termasuk kutipan derma oleh NGO tidak lagi menyebabkan rasuah berskala besar.
00:16Ketua Pesuruhanjaya SPRM Azam Baki berkata, undang-undang yang disadangkan itu berkaitan salah laku dalam jawatan awam,
00:23akta kebajikan serta akta berkait pendanaan politik bagi mencegah konflik kepentingan.
00:30Sebelum ini media melaporkan penyelewengan dana awam seperti derma dan infak kebajikan
00:35dilihat semakin serius dalam masyarakat, susulan peningkatan kes pengurusan dana yang tidak telus dan disalahgunakan untuk kepentingan pribadi.
00:45Azam mendedahkan perkara itu selepas lebih 5 NGO berasaskan kutipan bantuan kini disiasat pihaknya.
00:52Mengenai perundangan sedia ada bagi menangani salah guna dana awam, Azam berkata,
00:57terdapat beberapa undang-undang sedia ada termasuk akta SPRM 2009 dan kanun kesesaan bagi tujuan itu.
01:06Bagaimanapun katanya, tiada akta khusus dana awam yang berdiri sendiri seperti di beberapa negara lain
01:12yang boleh memudahkan penyelewengan dana awam berskala mega berlaku.
Comments