00:00Seorang aktivis akar umbi Kadazan Dusun, Murud Rungus, mendakwa bahawa pemimpin kanan komuniti itu hanya melawangkan perpaduan sebagai retorik,
00:10sedangkan tindakan mereka sendiri telah menyumpang kepada perpecahan politik dalam kalangan masyarakat.
00:15Aktivis yang tidak mahu dikenali itu merujuk kepada sebuah video tular baru-baru ini
00:20yang memaparkan pemimpin senior KDMR termasuk pengasas parti Bersatu Sabah, Joseph Piring Kitingan,
00:27dan Presiden APKO Penat Dompok yang menyeru rakyat Sabah supaya bersatu di belakang parti-parti tempatan.
00:34Menurutnya, merekalah tokoh yang bertanggungjawab memecah belahkan komuniti selama ini.
00:40Katanya para pemimpin itu juga gagal mengekang campur tangan parti-parti semenanjung yang didakwa menjejaskan hak Sabah,
00:47malah ada yang dapat manfaat daripada keadaan tersebut.
00:50Sementara itu, penganalisis politik Lee Kok Tiong berkata perpecahan dalam parti-parti KDMR berlaku merentasi generasi
00:58dan sudah menjadi realiti sejak sekian lama.
01:02Menurutnya, perpecahan itu bukan semata-mata kerana perebutan kuasa atau jawatan,
01:07tetapi lebih kepada perbezaan pendekatan dalam memperjuangkan hak Sabah.
01:11Lee turut berkata bahawa secara keseluruhan gabungan rakyat Sabah yang mempunyai kelebihan sebagai pemerintah
01:18kekala sebagai pesaing paling kuat menjelang pilihan raya
01:21manakala warisan pula semakin muncul sebagai blok alternatif yang paling banyak diperkatakan.
Comments