Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Keputusan kerajaan tidak menetapkan harga lantai tambang e‑hailing meningkatkan kebimbangan industri selepas laporan SEM mendakwa ia membuka ruang eksploitasi pemandu melalui tambang rendah, jam kerja panjang dan risiko keselamatan. Kupasan bersama Penaung Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Bryan Ng Yih Miin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keputusan kerajaan untuk tidak menetapkan harga lantai tambang e-hailing terus mengundang kebimbangan pemain industri kerana ia memberi kuasa penetapan
00:08harga sepenuhnya kepada platform.
00:10Seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pengangkutan Awam Darat Pindaan 2017, menurut kenyataan sahabat e-hailing Malaysia SEM pada 16 Mac
00:192026, ketiadaan harga lantai ini membuka ruang kepada eksploitasi pemandu dengan tambang yang semakin rendah, jam kerja lebih panjang dan
00:27peningkatan risiko keselamatan akibat tekanan pendapatan.
00:31Dan sudah tentu kita akan bawakan iaitu tetamu untuk bantu kami fahami situasi ini adalah Brian Ng Yimin, Penaung Persatuan
00:38Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia. Saya nak ucapkan terima kasih Brian.
00:41Pertama sekali untuk kita melihat kerajaan pilih untuk tidak menetapkan harga lantai dan menyerahkan kepada mekanisme pasar itu sendiri.
00:49Tapi bila kuasa harga sepenuhnya di tangan platform, adakah ini masih boleh dianggap pasaran bebas atau sebenarnya satu bentuk ketidakseimbangan
00:57ataupun unbalanced force yang membuka ruang eksploitasi kepada pemandu terutamanya?
01:04Terima kasih. Ok, selamat pagi. Pertama sekali saya rasa kenyataan bahawa kerajaan tidak ingin mengambil satu tindakan adalah tidak benar
01:15terhadap perkara itu.
01:16kerana apabila isu lantai harga tersebut akan dikawal atau akan diambil tindakan melalui satu mekanisme yang dipanggil MPG, Majlis Perundingan
01:30Geek, di antara tiga pihak.
01:32Tiga pihak iaitu kerajaan dengan platform bersama dengan wakil-wakil rider atau e-healing.
01:42Dan perkara itu tidak lagi berkuat kuasa lagi kerana akta tersebut hanya berkuat kuasa akhir bulan ini.
01:50Dan saya ingin sentuh bahawa teori, secara teori pasaran bebas hanya benar-benar berfungsi apabila terdapat satu persaingan yang seimbang.
02:00Dan akses maklumat yang simetri di antara semua pihak dan kuasa untuk tawar-menawar yang secara relatif.
02:08Dalam keadaan sekarang ini, platform mengawal algoritm penetapan harga dan agihan pekerjaan.
02:16Dan ini menyebabkan satu ketidakseimbangan struktur.
02:21Yang saya percaya kerajaan akan mengambil tindakan.
02:24Seperti yang saya kata tadi, kerajaan Malaysia dan Kesumah atau Kementerian Sumber Manusia.
02:30Saya, kita menyokong dengan pendirian mereka untuk tidak tergesa-gesa dalam menetap harga lantai.
02:35Tetapi mengambil inisiatif atau ikhtiar melalui kerangka institusi, melalui Akta Pekerja GIG 2025.
02:44Yang akan berkuasa hanya akhir bulan ini, ujung bulan ini.
02:48So, saya percaya dengan adanya majlis perundingan GIG MPG, isu market failure boleh kita dinilai secara terbuka.
03:00Termasuk sama ada wujudnya kuasa pembeli tunggal oleh platform.
03:05Dan pada masa yang sama, intervensi yang sepatutnya kita ambil.
03:10Seperti lantai harga dan formula pendapatan.
03:13So, saya percaya dengan ini, kerajaan ingin membantu, ingin menyelesaikan isu itu.
03:21Isu lantai harga.
03:22Tetapi, pada masa yang sama, tidak mencampur tangan dengan keterlaluan.
03:28Ya.
03:29Baik, saya tentu seperti yang beri kongsikan, apa-apa keputusan tidak perlu tergesa-gesa kerana kita harus memikirkan bagaimana
03:36kesejahteraan pemandu itu dan keseluruhan ekosistem, iaitu Pekerja GIG.
03:40Dan kita juga sering dengar hujah bahawa sistem bidding atau harga fleksibel memberi manfaat kepada pengguna.
03:46Tapi, realitinya bila tambang semakin ditekan ke bawah, adakah kita sebenarnya sedang mensubsidi harga murah?
03:52Ini dengan pendapatan pemandu, seperti ada yang beri kongsikan, apabila kita ingin menilai struktur ini, kita juga harus melihat kepada
03:58formula pendapatan itu.
04:01Ini ialah satu persoalan ekonomi yang sangat-sangat penting, yang perlu kita menilai.
04:06Sama ada berlakunya cross-subsidization yang tersembunyi.
04:11Bermaksudnya, apabila pengguna menikmati harga rendah, ia sebenarnya kos telah dipindah atau transfer kepada pemandu melalui penurunan harga dan margin
04:24mereka.
04:24Ini adalah sesuatu yang perlu kita melihat, terutamanya sekarang keadaannya tanpa satu ketelusan pengiraan harga oleh platform yang melalui interface
04:38mereka ini.
04:38Kita tidak dapat jawab secara certain atau disahkan atau disangka.
04:44Dan saya ingin menekankan bahawa, apa yang sebenarnya isu di sini bukan hanya harga rendah, tetapi ketiadaan ketelusan dalam struktur
04:55pengiraan pendapatan oleh platform.
04:58Dan dengan ini, kita menyokong usaha Kesumah dan Matan Menteri Kesumah juga dan Menteri sekarang juga yang telah berusaha memastikan
05:08Akta 872 ini berkuasa.
05:12hujung bulan ini, boleh kita runding perkara tersebut, perkara isu yang lama, yang telah lama kita hadapi ini melalui MPG.
05:23di mana perlu ada standardisasi formula pengiraan pendapatan, kadar asas BKM, komponen masa menunggu search pricing,
05:38terutamanya masa jam dan insentif dan penalty.
05:46Pada masa yang sama, paling penting sekali adalah satu interface atau suam muka yang telus untuk setiap trip.
05:55Supaya kita tahu jarak sebenar, masa perjalanan, kadar yang telah digunakan dan jumlah kasar dan bersih selepas pertunuhan platform.
06:05Ini adalah amat penting dan akhir sekali adalah pihak kerajaan dan pihak ketiga boleh membuat audit ke atas data-data
06:16tersebut yang diberikan oleh platform.
06:19Dengan inilah, hanya dengan ketelusan ini, kita boleh menjawab secara objektif.
06:24Adakah benar pemandu dan subsidi pengguna dan struktur harga adalah adil atau tidak?
06:32Sedang ketika ini kita menilai struktur harga sektor e-healing, menariknya juga kalau kita bandingkan dengan sektor teksi
06:39yang dikawal dari segi tambang tetapi e-healing dibiarkan lebih bebas.
06:44Secara jujurnya, Brian, adakah ini menunjukkan wujudnya double standard dalam polisi kita
06:48dan akhirnya mewujudkan persaingan yang tidak adil, not fair dalam industri pengangkutan?
06:55Okey, isu tentang double standard ini, kita kena lihat secara adil daripada beberapa sudut.
07:01Kerana daripada sudut evolusi teknologi dan juga pendekatan dasar yang tidak sempat mengejar perubahan model peniagaan.
07:11Kalau kita kata taksi dengan e-healing, kesemua ini adalah berbeza.
07:17Dia adalah sesuatu yang berbeza kerana e-healing ini adalah berlandaskan dengan teknologi.
07:22dia merupakan a creation from innovation of teknologi.
07:28Tetapi apabila you kata taksi, bukan dia tak guna teknologi.
07:31Dia guna tetapi dia bukan keseluruhan berlandaskan teknologi.
07:36Dan maka dengan itu, you nampak, boleh nampak taksi ini beroperasi dalam struktur harga tetap.
07:43manakala e-healing menggunakan harga dinamik yang lebih kompetitif.
07:48Yang telah dikatakan adalah untuk melihat sama ada permintaan dan dengan keadaan yang ada,
07:55dia mewujudkan satu harga pada ketika itu.
07:58Dan kami melihat daripada melalui inisiatif kerajaan yang bergerak kepada penyelarasan dasar secara progresif.
08:10Iaitu menggunakan Akta Pekerja GIG 2025 di mana kita boleh menilai semula regulatory asymmetry.
08:19bermaksudnya ada tak ketidakseimbangan daripada regulation.
08:25Dan kemudian kita akan ujukkan satu harmonization framework di antara taksi dan e-healing.
08:31Bermaksudnya kita nak kurangkan jurang di antara taksi dan e-healing.
08:38Dan paling penting sekali kita kena lihat juga daripada segi persaingan yang adil.
08:43dan kita kena mengurangkan campur tangan yang keterlaluan sehingga kita mengganggu dengan keseimbangan dan inovasi yang sedia ada.
08:59Kerana untuk digital economy ini, kalaulah terlalu regulated, terlalu banyak undang-undang,
09:05terlalu dikawal atau terlalu banyak campur tangan oleh kerajaan,
09:09maka dia akan membantutkan pembangunan digital economy.
09:13So, ini adalah sesuatu yang perlu dilihat dan menjawab kepada soalan tersebut,
09:19saya rasa dia tidak ada double standard kerana dia adalah dua perkara yang sangat berlainan.
09:25Okay, dan apa yang Marek katakan, kita tidak boleh mungkin campur tangan yang terlalu tegas
09:31sehingga menjejas ekosistem ataupun membantuk pertubahannya.
09:35Tapi kalau kita tidak mengawal ataupun mengurusnya dengan baik
09:39ataupun campur tangan ataupun intervensi pada tahap yang betul dan sesuai,
09:44ia mungkin memberi impak yang lebih teruk ataupun dalam tempoh jangka panjang.
09:50Dan bercakap mengenai tren perang harga yang dalam situasi sekiranya ia berterusan.
09:55Adakah kita berdepan dengan risiko jangka panjang di mana pemandu semakin keluar dari industri,
10:00kualiti perkhidmatan itu turun dan akhirnya pengguna akhirnya terkesan?
10:06Maksudnya, model yang sekarang ini sebenarnya adakah ia berpotensi menjadi tidak mampan dalam tempoh jangka panjang?
10:13Ya, ini adalah sesuatu concern atau isu yang memang benar, memang ada.
10:19di mana saya percaya daripada perspektif ekonomi buruh atau ekonomi terbuka ini,
10:26ini adalah risiko yang sangat realistik.
10:28Apabila pendapatan yang tidak stabil atau terlalu rendah,
10:32ada persaingan terlalu tinggi,
10:34maka akan wujudnya keadaan di mana orang akan kadah keluar.
10:38Pemandu akan meningkat.
10:40Penawaran tenaga kerja tersebut akan menurun.
10:43Maksudnya, kurang driver, kurang kereta, kurang grab, rider dan driver.
10:50Maka, pada masa yang sama akan menyebabkan satu isu di mana harga mungkin,
10:55harga untuk dibayar oleh customer atau pelanggan akan meningkat atau tidak stabil.
11:03Pada masa yang sama, masa menunggu akan meningkat.
11:06Harga juga akan meningkat dan kualiti juga akan menurun.
11:12Ini merupakan sesuatu yang sangat benar yang ada.
11:16Maka, ini menunjukkan bahawa harga yang terlalu rendah hari ini
11:20boleh membawa kepada kos yang lebih tinggi pada masa depan.
11:24Bukan hanya kos kepada rider dan driver,
11:28tetapi juga kos kepada masyarakat sekeliling.
11:32Sebab itu, saya menekankan bahawa kerajaan tidak boleh membuat satu intervensi
11:42yang tergesa-gesa yang saya merasakan kerajaan kini telah membuat dengan baik
11:46dan kita kena menggunakan satu mekanisme rendingan yang bersyuktur
11:51dan berlandaskan fakta dan angka, figures yang ada.
11:55Dan dengan itu, kita membuat satu rendingan dan ketetapan yang lebih seimbang.
12:03Dan paling penting sekali, saya ingin menekankan apa yang perlu dilakukan adalah
12:07untuk mengumpulkan data.
12:09Data-data yang berkenaan dan trend kemampanan industri.
12:15Serta kita memperkenalkan langkah seperti pendapatan minimum
12:19atau lantai harga minimum dan lantai harga dinamik.
12:25Yang itu adalah sesuatu yang amat penting.
12:28Berasaskan data sebenar dan bukan hanya tekanan daripada semua pihak.
12:33Sangka pindik.
12:34Itu apa yang boleh dapat kita rangkongkan untuk perbincangan kita.
12:38Walaupun setiap langkah yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan
12:41ataupun setiap intervensi yang perlu dilakukan
12:44tidak boleh ditergesa-gesa banyak perkara
12:46ataupun aspek penting yang perlu kita teliti
12:48seperti yang Brian kongsikan
12:50untuk kita kenal pasti apakah antara cabaran
12:53yang perlu kita hadapi dan atasi dengan segera
12:56dan paling utama adalah untuk lihat
12:58apa antara data-data ini
13:00untuk kita memahami realiti sebenar on ground ini
13:03dan apa antara trend kemampanan industri
13:06dan apa antara formula-formula
13:08seperti yang boleh kita terapkan
13:09dalam keseluruhan ekosistem
13:11untuk memastikan struktur industri pekerja gigi ini
13:15bukan sahaja dapat menjamin kesejahteraan
13:17daripada segi kos untuk bermadu
13:19tapi dapat juga memelihara
13:23daripada beban atau beban kos
13:25yang akan dihadapi oleh masyarakat itu sendiri.
13:27Sekali lagi saya nak cakap terima kasih kepada Brian Ng Yimin
13:29merupakan penanggu persatuan
13:30perpaduan rakan penghantar Malaysia
13:32dan setiap perbincangan ini
13:33akan kami rangkumkan dalam
13:34astroawani.com
13:35dan di semua platform digital
13:36astroawani
13:37Terima kasih telah menonton
Comments

Recommended