00:01Jawatankuasa Tata Tertip dan Etika Konfederasi Bola Sepak Asia atau AFC
00:05memutuskan Harimau Malayakalah 2 perlawanan kelayakan Piala Asia 2027
00:10dan didenda RM196,119 kerana menurunkan pemain tidak layak.
00:17Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM berkata,
00:20mesyuarat dipengerusikan pengerusi Jawatankuasa Tata Tertip dan Etika AFC,
00:25Jahangir Baglari, mendapati FAM melanggar Artikel 56 Kod Tata Tertip dan Etikanya.
00:32Ia membabitkan aksi menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri pada 25 Mac 2025
00:38yang menyaksikan Malaysia menang 2-0
00:41serta perlawanan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun 2025
00:46yang berkesudahan Malaysia menang 4-0.
00:49Bagaimanapun, kedua-dua keputusan tersebut dibatalkan
00:53dan Malaysia diisytiharkan kalah 3-0 bagi setiap perlawanan
00:57selaras Artikel 25, 1 Kod Tata Tertip dan Etika AFC.
01:03FAM memaklumkan akan mengemukakan permohonan bertulis
01:06bagi mendapatkan alasan penuh keputusan
01:08daripada jawatan kuasa berkenaan sebelum mempertimbang langkah seterusnya.
01:12Kedijal Ceno, FMT
Comments